12 JUN: Kes kembali mencatatkan penurunan di paras 5,000 apabila kes baharu COVID-19 berjaya merekodkan jumlah sebanyak 5,793 kes hari ini berbanding semalam iaitu 6,849
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 652,204 kes.
Menurut beliau, Selangor kekal merekodkan jumlah tertinggi dengan 1,582 kes namun menunjukkan penurunan berbanding semalam iaitu 2,558 kes.
“Hanya empat negeri yang turut menunjukkan penurunan iaitu Negeri Sembilan dengan 618 kes, Kuala Lumpur (559),Sarawak (569) dan Pulau Pinang (198).
“Manakala Johor (504), Sabah (378), Kelantan (337), Labuan (250), Perlis (5), Perak (218), Melaka (178), Kedah (171), Pahang (121), Terengganu (82) dan Putrajaya (23) merupakan negeri dan Wilayah yang menunjukkan peningkatan,” katanya menerusi Facebook miliknya, hari ini.
Mengikut data KKM, jumlah kes sembuh ketika ini ialah 563,779 atau 86.44 peratus daripada keseluruhan kes. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH