nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Perlu kajian teliti cadangan pusat beli-belah sebagai PPV

12 JUN: Kajian mendalam dan terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu dalam menjadikan pusat beli-belah sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi mempercepat Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) walaupun dilihat berpotensi untuk dilaksanakan. 

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, beberapa perancangan dan perkara perlu diteliti antaranya keluasan tempat berkenaan supaya ia sesuai dijadikan PPV bagi memastikan pelaksanaan pemberian suntikan vaksin tidak berdepan sebarang masalah.

“Mungkin itu satu lagi tempat atau kaedah untuk dilakukan pemberian vaksin namun ia harus kita kaji terlebih dahulu bagaimana kita nak melaksanakannya di Pusat Membeli Belah. 

“Saya beri contoh, kalau nak buat PPV bergerak dekat rumah PPR (Projek Perumahan Rakyat), kalau kita buat hanya sistem ‘walk in’, ianya akan bercelaru, tidak terurus. Kalau nak buat, boleh tetapi ia perlu disusun atur dengan satu perancangan amat terperinci

“Ini perlu dilakukan supaya ia boleh dijalankan seperti apa yang kita buat dengan PPV bergerak. Tempat itu perlu dipastikan ia sesuai untuk buat penjarakan fizikal, ada kawalan dan sebagainya,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan koordinasi sukarelawan PICK di PPV Dewan Orang Ramai Kampung Ampang Indah, Selangor, hari ini.

Zuraida berkata demikian sebagai reaksi kepada cadangan Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia (PPKM) supaya program vaksinasi diadakan di pusat beli-belah.

Terdahulu, PPKM baru-baru ini memaklumkan lebih 50 pusat beli-belah menunjukkan minat untuk program itu dan perinciannya akan dimuktamadkan nanti.

Dalam pada itu, ditanya berkenaan kritikan pakar kesihatan awam mengenai operasi sanitasi awam dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang tidak strategik dalam memerangi penularan COVID-19, Zuraida menasihatkan semua pihak supaya tidak salah faham dengan usaha dilakukan.

Menurut beliau, pelaksanaan operasi sanitasi awam itu bukan semata-mata untuk mencegah penularan COVID-19 sahaja sebaliknya ia dijalankan untuk tujuan pembersihan dan penghapusan kuman demi memastikan kebersihan persekitaran dalam komuniti.

“Saya rasa mungkin ada salah faham. Bomba menjalankan operasi sanitasi adalah untuk membunuh dan menghapuskan segala kuman.

“Jadi jangan salah faham apa yang kita buat itu untuk COVID-19 (semata-mata). Ia untuk masyarakat supaya lebih bersih dan menjaga kebersihan untuk norma masa depan,” katanya.

Terdahulu, pada program sama, Zuraida turut melancarkan sebuah bas yang dijadikan PPV bergerak dan akan digerakkan ke kawasan berkepadatan tinggi dan perkampungan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.