13 JUN: Jumlah kes baharu COVID-19 terus menunjukkan penurunan bagi tempoh tiga hari berturut-turut apabila merekodkan sebanyak 5,304 kes hari ini, berbanding 5,793 semalam dan 6,849 kelmarin.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bagaimanapun, Selangor menunjukkan sedikit peningkatan, iaitu daripada 1,582 kes semalam kepada 1,973 kes hari ini.
“Kes baharu di 12 negeri lain, merekodkan penurunan hari ini, iaitu Sarawak dengan 544 kes, Kuala Lumpur (462), Johor (363), Sabah (335), Negeri Sembilan (331), Kelantan (179), Labuan (158), Melaka (145), Perak (121), Pahang (78), Terengganu (46) dan Putrajaya (7).
“Hanya dua negeri mencatatkan peningkatan kes hari ini, iaitu Kedah (301) dan Pulau Pinang (256), manakala Perlis kekal lima kes baharu seperti semalam,” katanya menerusi kenyataan. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN