13 JUN: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menyifatkan kumpulan K-pop sebagai ‘kanser’ yang mengancam keselamatan rakyatnya.
Katanya, ia merosakkan golongan muda di Korea Utara dan mengenakan hukuman berat terhadap rakyatnya yang melanggan filem Korea Selatan, K-Drama atau video K-Pop.
“Itu (K-Pop) merosak pakaian, gaya rambut, pidato, perilaku orang Korea Utara,” kata diktator muda itu seperti yang dilaporkan The New York Times, pada Jumaat.
The New York Times mendedahkan kempen anti K-Pop itu, yang terkandung dalam sebuah dokumen rahsia dalaman yang bocor dari republik itu.
Berita itu pertama kali dilaporkan oleh Daily NK yang berpusat di Seoul.
Jong-un juga memerintahkan pihak berkuasa menghentikan tindakan antisosialis itu dengan serta-merta dan mengenakan hukuman berat bagi sebarang kesalahan berkaitan.
Disember lalu, beliau memperkenalkan undang-undang baharu mengenakan hukuman lebih keras kepada individu yang menonton atau memiliki bahan hiburan dari Korea Selatan.
Undang-undang yang menetapkan hukuman penjara lima tahun sebelum ini dinaikkan menjadi 15 tahun bekerja di kem buruh.