nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kluster Tempat Kerja Terus Meningkat

14 JUN: Walaupun tren kes mingguan di Malaysia menunjukkan penurunan dalam dua minggu ini, namun kluster tempat kerja terus menyumbang kepada pertambahan kluster baharu di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kebanyakan kes positif yang dilaporkan dalam kategori kluster tempat kerja ini terdiri daripada bukan warganegara Malaysia. 

Menurut beliau, ini dibuktikan dengan 100,086 kes (68 peratus) merupakan kes warga asing berbanding warganegara iaitu sebanyak 46,954 kes (32 peratus). 

“Sektor pengilangan melaporkan jumlah kes tertinggi dalam kategori kluster tempat kerja, iaitu sebanyak 95,156 kes melibatkan 639 kluster.

NOOR HISHAM

“Terdapat lima kes tempat kerja yang masih mencatatkan kes aktif dengan kadar jangkitan yang tinggi di tempat kerja iaitu Kluster Jalan Tiga Salak Tinggi, Selangor; Kluster Industri Senawang, Negeri Sembilan; Kluster Industri Batu Berendam, Melaka; Kluster Jalan Padang Tembak, Kelantan dan Kluster Tok Has di Terengganu,” katanya menerusi kenyataan media perkembangan harian COVID-19, hari ini. 

Dalam pada itu, Noor Hisham memaklumkan Malaysia kekal mencatatkan penurunan jumlah kes sembuh COVID-19 iaitu 6,588 kes berbanding semalam, 8,163 kes sekali gus kekal mengatasi kes positif baharu wabak tersebut iaitu 4,949 kes.

Beliau berkata, jumlah terbabit menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 586,864 kes manakala 662,457 kumulatif keseluruhan kes dengan kes aktif menurun kepada 71,625 kes berbanding semalam, iaitu 73,324 kes.

Menurut beliau, jumlah kes kematian wabak tersebut pada hari ini merekodkan penurunan iaitu 60 kes di mana Malaysia menunjukkan pencapaian apabila kes kematian merekodkan penurunan selama tiga hari berturut-turut. 

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kematian kes pandemik terbabit di Malaysia adalah sebanyak 3,968 kes atau 0.60 peratus daripada keseluruhan kes.

“Daripada 60 kes kematian hari ini, 18 darinya direkodkan di Selangor, sembilan kes di Johor, lapan kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tujuh kes di Negeri Sembilan, enam kes di Sarawak dan empat kes di Wilayah Persekutuan Labuan. 

“Selain itu, masing-masing dua kes kematian hari ini dikesan di Pulau Pinang dan Kelantan,serta masing-masing satu kes di Sabah,Terengganu, Perak, dan Melaka,” katanya. 

Tambah Noor Hisham, kes baharu hari ini mencatatkan 4,949 kes dan daripada jumlah itu, 3,943 kes daripada adalah kes tempatan manakala enam merupakan kes import. 

“Jumlah kes yang berada di unit rawatan rapi (ICU) ketika ini pula adalah seramai 921 orang termasuk dan 459 yang memerlukan bantuan pernafasan,” katanya. 

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 17 kluster baharu dilaporkan hari ini dan daripada jumlah itu, 12 adalah kluster berkaitan kluster tempat kerja, empat kluster komuniti dan satu merupakan kluster kumpulan berisiko tinggi. 

Bagi kluster tempat kerja, Noor Hisham memberitahu, lima daripadanya direkodkan di Selangor iaitu Industri Sungai Pinang Lapan, Industri Persiaran Usahawan Tiga, 

Industri Subang Tujuh, Industri Jalan Makmur dan Industri Jalan Tengah Empat. 

“Manakala di Johor, terdapat empat kluster baharu direkodkan di Perindustrian Bakri Lima, Jalan Aik Hwa Choon, Walit Agas serta Jalan Minyak Beku manakala Batu Empat Tunjong dan Industri 5084 Pengkalan Chepa pula adalah terletak di Kelantan serta satu terletak di Kuala Lumpur iaitu Tapak Bina Persiaran Pertahanan. 

“Bagi kluster komuniti pula, dua terletak di Sarawak iaitu di Sungai Sentebu dan Ulu Sangan manakala selebihnya terletak di Kampung Berangan Apam, Kelantan dan Kampung Senggang di Perak manakala Jalan Bukit Delima di Negeri Sembilan merupakan kluster baharu kumpulan berisiko tinggi,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.