nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Perbicaraan Suu Kyi cetus tunjuk perasaan ‘gergasi’

14 JUN: Perbicaraan pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi yang bermula hari ini turut mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran di Yangon.

Myanmar bergolak sejak rampasan kuasa 1 Februari lalu oleh junta tentera Myanmar.

Ia diburukkan lagi dengan penahanan Suu Kyi dan anggota kanan partinya menyebabkan tunjuk perasaan berlaku setiap hari selain pertempuran antara tentera dan gerila etnik minoriti serta militia.

Bagaimanapun, Junta tentera Myanmar menafikan kritikan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Hak Asasi (UNHRC) berhubung dakwaan keganasan terhadap penunjuk perasaan.

TUNJUK perasaan besar-besar berlaku di Yangon ketika Sun Kyi hadir perbicaraan buat pertama kali hari ini.

Suu Kyi, 75, buat pertama kali hadir perbicaraan mahkamah hari ini atas dakwaan melanggar peraturan COVID-19 ketika kempen pilihan raya yang dimenanginya November tahun lalu selain didakwa memiliki ‘walkie-talkie’ tidak berlesen.

Peguam penerima anugerah Nobel keamanan itu memaklumkan, perbicaraan pertama itu dijangka berjalan sehingga hujung bulan depan.

Suu Kyi turut berdepan pertuduhan lain yang lebih serius, termasuk berniat untuk menghasut, melanggar Akta Rahsia Rasmi (ISA) serta menerima AS$600,000 (RM2.47 juta) dan 11.4 kilogram emas daripada bekas ketua menteri Yangon.

Pasukan peguam bela menafikan Suu Kyi melakukan sebarang kesalahan dan ketua peguam bela, Khin Maung Zaw, menyifatkan pertuduhan rasuah itu sebagai tidak masuk akal.

Timbalan Pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia Asia, Phil Robertson, dalam satu kenyataan, berkata pertuduhan terhadap Suu Kyi adalah ‘palsu dan bermotif politik’ serta ‘perlu digugurkan, sekali gus Suu Kyi dibebaskan segera tanpa syarat’.

Tentera Myanmar mendakwa melakukan rampasan kuasa kerana parti Suu Kyi menang pilihan raya dengan melakukan penipuan, namun dakwaan itu dinafikan suruhanjaya pilihan raya sebelum ini dan pemerhati antarabangsa.

Tentera Myanmar didakwa sudah membunuh sekurang-kurangnya 862 individu ketika bertindak terhadap penunjuk perasaan sejak rampasan kuasa berlaku, menurut kumpulan aktivis Persatuan Bantuan Tahanan Politik (AAPP), namun junta menafikan angka itu.

Hari ini, penyokong pro demokrasi kembali membanjiri jalanan di Yangon dengan laungan ‘kami sokong revolusi perang’ dan merancang beberapa siri tunjuk perasaan.

Pesuruhjaya Tinggi UNHRC, Michelle Bachelet, sebelum ini mengutuk junta tentera kerana menggunakan kekerasan melampau dan senjata berat terhadap penunjuk perasaan.

Beliau juga menegur keengganan junta tentera melaksanakan lima ketetapan yang dicapai dalam perjumpaan dengan wakil ASEAN untuk menghentikan keganasan dan memulakan rundingan dengan seterunya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.