nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ujian UPKK 2020/2021 Diadakan Serentak Tahun Ini

14 JUN: Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) bagi tahun 2020 dan 2021 akan diadakan serentak tahun ini dan ibu bapa tidak perlu resah mahupun bimbang dengan pelaksanaan serentak itu. 

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata, ini kerana pihaknya mempunyai kaedah terbaik dilaksanakan sepanjang sesi persekolahan Kafa tahun ini.

Menurut beliau, UPKK mempunyai lapan subjek iaitu dua subjek amali, satu subjek ujian lisan dan lima subjek bertulis.

“Bagi dua subjek penilaian amali iaitu mata pelajaran Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam, penilaian telah bermula dari awal takwim persekolahan tahun ini.

“Ini berdasarkan penilaian sepanjang sesi persekolahan termasuk sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) dengan mengambil kira ujian bulanan serta aktiviti dalam dan luar bilik darjah.

“Selain itu, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) turut diambil kira sebagai salah satu komponen penilaian UPKK yang dinilai oleh guru Kafa sekolah masing-masing,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini. 

Dalam pada itu, Abdul Aziz menjelaskan, bagi mata pelajaran al-Quran yang merangkumi Ujian Lisan Tadarus dan Tilawah al-Quran, Hafazan dan Tafsir al-Quran akan dinilai guru Kafa sekolah masing-masing yang dijadualkan bermula pada 1 hingga 30 September ini.

Beliau berkata, lima subjek bertulis iaitu Ulum Syari’ah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Jawi dan Khat, Adab Kertas 1 & 2 dan Lughatul Quran akan dilaksanakan pada 4 hingga 7 Oktober ini.

“Sukacita dinyatakan juga, lima subjek bertulis itu bukan hanya peperiksaan bertulis semata-mata, setiap subjek yang telah dirangka dalam kurikulum UPKK turut merangkumi aspek penghayatan dan amalan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian.

“Malah, tidak terikat dengan pelaksanaan peperiksaan semata-mata, tetapi menjadi sebahagian daripada amalan fardhu ain,” katanya. Sehingga kini, UPKK masih kekal relevan dan terbukti dengan pertambahan jumlah calon yang menduduki ujian itu. 

“Ini sekali gus menunjukkan kesedaran masyarakat untuk menjadikan pendidikan Kafa sebagai pengukuhan kepada pendidikan Islam arus perdana semakin meningkat dan juga sebagai persediaan dari aspek rohani sebelum murid melangkah ke peringkat pendidikan menengah, “katanya. 

Sementara itu, berhubung pandemik COVID-19 , Abdul Aziz menjelaskan, Jakim optimis dengan usaha kerajaan menangani penularan wabak itu ketika ini.

Oleh itu, katanya, dengan mengambil kira tempoh masa yang ada, pelaksanaan ujian bertulis UPKK masih mengikut jadual dan perancangan ditetapkan.

“Perkara ini juga dilaksanakan dengan mematuhi sepenuhnya Garis Panduan Pengoperasian Kafa dan Sekolah Agama Dalam Norma Baharu yang telah mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 9 Jun lalu

“SOP itu berdasarkan ulasan dan pandangan yang telah dikemukakan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kita juga sentiasa memberi perhatian serius terhadap situasi semasa penularan Covid-19 ini khususnya dari aspek keselamatan murid dan semua petugas peperiksaan,” katanya.

Beliau menjelaskan, Jakim dengan kerjasama semua agensi terlibat telah menyediakan pelan tindakan sewajarnya demi memastikan pelaksanaan UPKK tahun ini berjalan lancar.

Selain itu, Abdul Aziz memaklumkan penilaian terhadap murid juga boleh dibuat melalui pelbagai kaedah termasuk dari aspek kaedah pelaksanaannya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.