nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KDN minta senarai terkini pemegang kad UNHCR di Malaysia

15 JUN: Satu perbincangan antara Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan diadakan dalam masa terdekat bagi mendapatkan senarai terkini pemegang kad UNHCR di Malaysia.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya memerlukan senarai itu bagi membolehkan serta memudahkan proses penguatkuasaan diambil ke atas pelarian yang didapati kad UNHCR sudah tamat tempoh, namun masih tinggal di negara ini hingga menimbulkan ketidakselesaan warga tempatan.

“Sebagai contoh, jika UNHCR memberikan pelarian kad UNHCR selama tiga tahun, namun selepas tempoh itu tamat, penguat kuasa berdepan masalah untuk mengesan mereka memandangkan kami tidak mempunyai senarai.

“Apa yang didapati ialah, selepas kad sudah tamat tempoh, mereka (pelarian) masih lagi duduk di sini tetapi kita pula tidak tahu untuk mencari mereka kerana UNHCR tidak memberikan senarai kepada kita,” katanya hari ini.

HAMZAH

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan di kawasan perumahan yang berdepan masalah penempatan warga asing di Rumah Pangsa Jalan Terubuk dan Pangsapuri Taman Sutera, Seberang Jaya.

“Permohonan itu adalah sesuatu yang diambil kira untuk saya berbincang dengan UNHCR. Segala apa yang dilakukan ini bukan kerana saya tidak ada perasaan keperikemanusiaan kepada mereka tetapi kerana saya lebih mementingkan rakyat Malaysia supaya dapat tinggal lebih selesa.

“Oleh itu, kita minta semua memahami serta menghormati undang-undang dan tanggungjawab masing-masing,” katanya.

Ketika ditanya sama ada tindakan akan diambil terhadap UNHCR sekiranya enggan memberikan senarai diminta, Hamzah berkata, jika pelbagai syarat diletakkan maka suruhanjaya berkenaan disifatkan tidak ikhlas.

Mengulas berkaitan tinjauan yang dilakukan, Hamzah berkata, hasil lawatan itu akan dibincangkan bersama semua agensi berkaitan seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Ia akan dibincangkan sebelum memikirkan polisi yang boleh diambil dan difikirkan sesuai bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi warga tempatan akibat kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI).

Menurut Hamzah, tinjauan berkenaan dibuat susulan laporan daripada masyarakat di kawasan berkenaan yang mengatakan mereka terganggu dengan kehadiran kumpulan warga asing terbabit.

“Saya turun kelapangan untuk mengetahui masalah yang sebenarnya. Pada masa sama, saya ingin memastikan apa sebenarnya masalah yang timbul apabila PATI datang dan duduk bercampur gaul dengan masyarakat di sini, seterusnya saya akan berbincang untuk kita tentukan polisi masa depan.

“Selaku menteri yang menjaga perihal keselamatan, saya tidak boleh hanya melakukan atau mencadangkan kepada kerajaan untuk buat satu polisi tanpa mengetahui segala masalah yang dihadapi di lapangan,”‘ katanya.

Seramai 163 warga asing yang kebanyakannya etnik Rohingya diperiksa pada operasi dan tinjauan berkenaan.

Dalam pada itu, Hamzah berkata, kerajaan perlu meneliti dan mengambil kira pelbagai aspek berhubung gesaan UNHCR supaya kem pelarian termasuk, untuk etnik Rohingya, dibina di negara ini.

“Kem pelarian adalah apa yang dicadangkan mereka (UNHCR) bagi menangani isu pelarian Rohingya ini tetapi kita tidak pasti bentuk kem pelarian bagaimana yang dimaksudkan.

“Dalam hal ini, kita kena melihat kepada realiti seperti tempat dan lokasi serta pembinaan kem pelarian itu yang kesemuanya perlu diambil kira sebelum kita umumkan sesuatu polisi,” katanya

Get real time updates directly on you device, subscribe now.