nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jangan skeptikal pelan pemulihan negara

16 JUN : Setiap Ahli Parlimen perlu menyokong Pelan Pemulihan Negara dirangka Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memastikan Malaysia bebas COVID-19, sekali gus memulihkan krisis kesihatan, ekonomi dan politik yang melanda negara kini.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pelan itu hanya akan berhasil sekiranya semua parti, tidak kira kerajaan atau pembangkang bekerjasama menunjukkan sokongan tanpa bersikap skeptikal demi mencari jalan keluar pandemik terbabit.

“Situasi sedang kita hadapi sekarang sangat luar biasa kerana kita berdepan gabungan krisis kesihatan, ekonomi dan ketidakstabilan politik.

“Jika kita fokus terhadap tanggungjawab dan berkongsi tekad, maka saya percaya kita boleh memenuhi harapan bersama, termasuk menangani kes COVID-19 dan membuka semula sidang Parlimen seperti didesak banyak pihak,” katanya menerusi catatan terbaharu di blog, hari ini,

Hishammuddin berkata, secara prinsipnya beliau bersetuju bahawa sidang Parlimen adalah penting sebagai ruang semak dan imbang kepada kerajaan.

Prosiding itu juga, katanya, mustahak untuk kerajaan berkomunikasi dan membahaskan polisi serta mencapai persefahaman bersama anggota Parlimen berhubung masa depan negara yang lebih jelas demi kepentingan rakyat.

Bagaimanapun, jelasnya, persidangan Parlimen sesuai dilaksanakan apabila negara mencapai kestabilan daripada tiga aspek, iaitu kesihatan, ekonomi dan politik seperti terkandung dalam Pelan Pemulihan Negara dibentangkan kerajaan, kelmarin.

Selain itu, Hishammuddin berkata, ketika pertimbangan membuka semula sidang Parlimen dibuat kini, semua pihak mesti bersedia, malah masyarakat umum perlu faham perkara berkenaan tidak semudah membuka dewan dan duduk.

Memandangkan penelitian berhubung kemungkinan mengadakan sesi Parlimen secara ‘hibrid’, kerajaan perlu diberi ruang untuk membuat pertimbangan, selain merancang kaedah dan proses demi memastikan setiap prosiding berjalan lancar.

“Namun sekiranya niat pembangkang mendesak membuka Parlimen hanya mahu menggunakan institusi berkenaan bagi mendapatkan kuasa dan bukan memanfaatkan fungsinya sebagai wacana membina, pastinya akan membawa masalah.

“Saya tidak nafikan pembangkang berhak mengkritik, tetapi kecelaruan politik tidak akan diterima rakyat, terutama di saat-saat sukar ini.

“Desakan politik agar Parlimen dibuka semula tidak boleh mempunyai agenda tersembunyi dan seruan supaya persidangan berkenaan kembali diadakan tidak boleh dijadikan alat pemuas nafsu politik sesetengah individu,” katanya.

Beliau berkata, Ahli Parlimen yang kuat mendesak persidangan Parlimen diadakan mesti mengambil tanggungjawab bersama bagi memastikan sesi itu dimanfaatkan sepenuhnya demi kepentingan Malaysia dan rakyatnya, terutama dalam pengurusan COVID-19, malah agenda negara jauh lebih penting berbanding cita-cita peribadi sesiapa jua.

“Memandang ke hadapan, ke mana hala tuju negara sekiranya berlaku perubahan dalam landskap politik? Adakah Pelan Pemulihan Negara kerajaan sedang usahakan akan diketepikan seterusnya digantikan dengan yang baharu?

“Di saat yang menguji ini, rakyat tidak sepatutnya sekali lagi diheret dalam kancah perebutan kuasa,” katanya.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, beliau percaya situasi sukar negara ini, bukanlah perkembangan yang diharapkan rakyat, sebaliknya mereka mahu kerajaan memberikan fokus terhadap pengurusan COVID-19, termasuk jalan menangani krisis terbabit dan jumlah kes diturunkan, nyawa diselamatkan serta ekonomi dipulihkan.

“Sebagai Anggota Parlimen, kita harus menunjukkan kepada rakyat bahawa kita berada di sini demi kepentingan mereka dan bukannya cita-cita peribadi,” katanya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, beliau sedar terdapat segelintir pihak yang memilih untuk menyerangnya secara peribadi dengan pelbagai tuduhan dan fitnah, malah penyebaran berita palsu sudah menjadi amalan politik di negara ini.

“Bagi saya, Baling Batu Sembunyi Tangan semata-mata untuk mewujudkan persepsi tidak baik hanyalah langkah murahan demi kepentingan sendiri dan fitnah bertujuan mengganggu serta mengalih perhatian daripada perbincangan mengenai bagaimana memacu negara ini ke arah lebih baik.

“Tidak nafikan yang ia mengecewakan saya apabila negara sedang melalui detik getir, tetapi kenapa kita terus mempolitikkan semua isu?Politik tanpa batas tidak akan membawa kita ke mana-mana, malah kita mesti mengamalkan pembaharuan dalam berpolitik dan bukannya masih dengan amalan politik tanpa batas,” katanya. Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.