nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

UMNO hargai pandangan Agong

16 JUN: UMNO menjunjung kasih dan menyokong penuh titah Yang di-Pertuan Agong yang telah menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

Presidennya, Datuk Dr Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata keputusan itu menzahirkan kebijaksanaan dan keprihatinan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu terhadap segala keresahan dan kegelisahan rakyat terhadap pelbagai krisis yang sedang melanda negara ketika ini.

Ahmad Zahid juga menghargai kecaknaan Seri Paduka Baginda yang mengambil kira segala isu dan pendirian parti yang dipersembahkan ketika sesi mengadap pada 11 Jun lalu.

“Dalam sesi mengadap tersebut, saya turut menjelaskan bahawa Parlimen harus dibenarkan berperanan sebagai platform rasmi menyuarakan pelbagai suara hati rakyat yang sedang dalam kesempitan seperti tuntutan moratorium automatik secara pukal, kawalan harga barang, i-Sinar 2.0, i-Lestari 2.0 dan pelbagai bantuan khas kepada rakyat sekali gus memulihkan semula ekonomi negara.

“UMNO juga turut mempersembahkan pendirian berkenaan dengan keperluan untuk darurat tidak diteruskan selepas 1 Ogos 2021 kerana kemudaratannya lebih besar kepada negara, sedangkan tanpa darurat Kerajaan masih boleh menguruskan isu-isu berkaitan pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Ahmad Zahid berkata UMNO juga mendokong dan memandang serius saranan Yang di-Pertuan Agong mengenai keperluan mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil dan kukuh serta berupaya berfungsi dengan efektif dalam menangani Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan supaya kerajaan mengadakan sidang Parlimen secepat mungkin.

Al- Sultan Abdullah membuat keputusan berkenaan selepas berkenan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, hari ini.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan harapan agar angka jangkitan wabak COVID-19 dapat dilandaikan dengan segera dan berpandangan vaksinasi merupakan satu-satunya cara bagi mengawal penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Sementara itu, Pergerakan Pemuda UMNO turut menjunjung kasih dan menyambut baik titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu tersebut.

ASYRAF WAJDI

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata seperti dititah Yang di-Pertuan Agong, Parlimen perlu untuk segera bersidang bagi membolehkan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat.

“Bagi Pemuda UMNO, perbahasan Pelan Pemulihan Negara dan Ordinan-Ordinan Darurat perlu segera dibahaskan bagi memastikan segala harapan dan tuntutan rakyat yang sedang susah, resah dan gelisah menghadapi pandemik COVID-19 ketika ini, dapat dibawa secara rasmi melalui platform rasmi Parlimen.

“Mudah-mudahan melalui Sidang Parlimen kelak, segala permintaan yang dihasratkan rakyat termasuk isu bantuan tambahan sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), moratorium automatik, i-Sinar 2.0, i-Lestari 2, pelbagai aspek pengurusan COVID-19, vaksinasi dapat diperhalusi dan diperbahaskan dengan penuh tanggungjawab di Parlimen kelak.

“Sekali lagi Pemuda UMNO menjunjung kasih atas kecaknaan, keprihatinan dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu,” katanya dalam satu kenyataan ringkas menerusi laman Facebooknya di sini sebentar tadi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.