nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Rais takrifkan Parlimen perlu bersidang sebelum 1 Ogos

16 JUN: Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim, berpandangan bahawa takrifan Parlimen perlu bersidang secepat mungkin adalah tidak lewat dari 1 Ogos ini.

Beliau berkata, sekiranya persidangan Parlimen dicadang berlangsung melewati Ogos, ia bukan takrifan ‘secepat mungkin’ seperti dizahirkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah.

“Saya anggap pandangan Yang di-Pertuan Agong itu sebagai amat mudah untuk difahami dan dilaksanakan iaitu secepat mungkin.

“Maka, kalau secepat mungkin tak boleh lewat dari 1 Ogos. Itu satu interpretasi mudah dan normal bagi kita dalam dunia undang-undang.

“Kalau sudah bawa (sidang Parlimen) kepada September, itu bukan secepat mungkin tetapi ia satu intepretasi yang lain,” katanya.

RAIS

Pandangan beliau itu dikongsi bersama Berita Harian hari ini.

Pada 16 Jun lalu, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin bagi membolehkan pelan pemulihan negara dan pelaksanaan Ordinan Darurat 2021 dibahaskan Ahli Dewan Rakyat.

Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad pula dilaporkan berkata, Raja-Raja Melayu antara lain sependapat tiada keperluan untuk meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat selepas 1 Ogos depan.

Mengulas lanjut, Rais berkata, jika persidangan Parlimen berlangsung lebih awal dari 1 Ogos, maka Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu mendapatkan persetujuan tambahan daripada Seri Paduka.

“Sebaliknya, Yang di-Pertuan Agong boleh menitahkan kepada kerajaan baginda untuk mempercepatkan daripada 1 Ogos. Tetapi saya tidak fikir kerajaan boleh berbuat demikian dan bagi saya 1 Ogos itu tarikh seperti dimeterai dalam dokumen pengisytiharan.

“Saya berpendapat wajar Yang di-Pertuan Agong mendapatkan pandangan dari Kabinet atau wakil Kabinet yang kebiasaannya adalah Perdana Menteri,” katanya.

Mengenai sidang Parlimen secara hibrid, Rais berkata perkara itu sedang diusahakan.

Jelasnya, beliau dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun masing-masing beberapa kali sudah mengadakan mesyuarat yang disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan antara lain untuk memperhalusi ‘mekanisme’ pelaksanaan sidang Parlimen secara hibrid.

“Kami bersidang beberapa kali dan memang hendak dibawa ke pihak kerajaan dan Yang di-Pertuan Agong. Betapa penting dan perlunya mesyuarat hibrid dimulakan di Malaysia. Mesyuarat berakhir pada minggu depan, hari Selasa.

“Tetapi ada masalah awalan iaitu walaupun perancangan untuk mesyuarat hibrid mesti didahulukan mesyuarat konvensional biasa untuk mewujudkan pindaan kepada peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan persidangan Parlimen.

“Sekarang tidak ada provisi untuk melaksanakan (sidang Parlimen) hibrid. Untuk wujudkan hibrid yang mana kami sudah memperhalusi boleh atau tidak, hendaklah dilakukan resolusi melalui sesi tradisional, baru boleh dilaksanakan pindaan dan peraturan Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta bagaimana kaedah pelaksanaan serta pengawasan Ahli Yang Berhormat hadir atau tidak hadir di Dewan Rakyat atau Dewan Negara,” jelasnya.

Untuk melaksanakan sidang Parlimen hibrid, Rais berkata, cadangan itu perlu mendapat persetujuan kerajaan terlebih dulu sebelum dipersembahkan kepada Seri Paduka sebagai Ketua Parlimen untuk mendapat persetujuan.

Katanya, kaedah hibrid perlu dipertimbangkan sekiranya berlaku malapetaka atau hal di luar jangka nanti sehingga Ahli Parlimen tidak boleh bersidang secara fizikal seperti yang berlaku sekarang angkara pandemik COVID-19.

“Parlimen sebagai sistem pembuat dasar, legislatif bagi rakyat terus boleh beroperasi. Jika tidak, kita hanya harus bersidang secara fizikal atau tradisional sedangkan sekarang kita sudah boleh bermesyuarat menerusi dalam talian,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.