nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jawatankuasa wakil kerajaan-pembangkang akan bincang isu Parlimen

20 JUN: Kerajaan tiada niat mahu melambatkan pembukaan semua sidang Parlimen sepertimana yang didakwa pihak tertentu.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan terpaksa mengambil kira pelbagai aspek sebelum Parlimen dibenarkan bersidang semula tidak lama lagi.

Berikutan itu, kerajaan akan tubuh satu jawatankuasa dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang bagi meneliti pelbagai aspek penting sebelum persidangan Parlimen dibuat.

Malah, Muhyiddin memberi jaminan bahawa keputusan pembukaan persidangan Parlimen akan diputuskan oleh kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang dalam jawatankuasa berkenaan.

“Saya minta jawatankuasa yang dianggotai wakil-wakil kerajaan dan pembangkang untuk nilai perkara berkenaan, dan selepas itu barulah mereka maklumkan kepada saya sama ada sudah bersedia atau tidak untuk memulakan sidang Parlimen.

“Sama ada persidangan akan dibuat secara hibrid atau fizikal, ini akan dirujuk kepada peraturan tetap yang ada sekarang,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke pusat pemberian vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata kerajaan perlu memperhalusi semua perkara bagi mengelak timbul masalah selepas pelaksanaannya.

“Saya harus teliti. Saya faham sangat-sangat dan saya dinasihatkan bukan sahaja oleh Menteri Undang-Undang, tetapi oleh Peguam Negara supaya tindakan saya dan kerajaan selari dengan apa yang ada dalam perlembagaan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan antara lain perlu mengambil kira sama ada persidangan boleh diadakan secara fizikal, dan sama ada pelaksanaan secara hibrid selari dengan peruntukan dalam Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata wujud juga keperluan untuk mengambil kira soal persiapan Parlimen bagi urusan persidangan secara fizikal itu sendiri, termasuklah aturan tempat duduk Ahli Parlimen yang perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Muhyiddin berkata, bukan niatnya untuk melengahkan pembukaan persidangan Parlimen, namun ini antara isu yang harus diperhalusi terlebih dahulu.

Katanya, beliau berharap rakyat faham, dan menurutnya ia bukan soal kerajaan mahu menafikan hak Ahli Parlimen atau menyanggah kenyataan Yang di-Pertuan Agong atau Raja-Raja Melayu.

“Saya faham tanggungjawab sebagai Perdana Menteri besar tetapi saya kena berlaku adil supaya nanti tidak timbul isu-isu dan masalah kemudian. Ini satu perkara yang harapnya rakyat faham dan tunggu,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.