nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MB Perak akan persembah tarikh sidang DUN kepada Sultan

20 JUN: Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad akan menyembah maklum beberapa tarikh cadangan untuk mengadakan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bagi mendapatkan perkenan memanggil sidang dewan.

Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid, berkata kerajaan negeri akan memohon kepada Sultan Perak bagi mendapatkan perkenan tarikh dan tempat mengadakan Sidang DUN berkenaan.

“Adalah difahamkan Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad akan menyembah maklum bagi mendapat perkenan Sultan Perak mengenai cadangan beberapa tarikh untuk memanggil Sidang DUN.

“Selepas itu barulah kerajaan negeri akan maklumkan kepada Pejabat DUN dan Speaker. Kemudian kita akan keluarkan notis, jadi kita tunggu minggu depan,” katanya katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Pembangkang DUN Perak, Dr Abdul Aziz Bari akan mengadakan perbincangan bersama Speaker DUN Peraka bagi membolehkan pembukaan persidangan diadakan secepat mungkin.

Abdul Aziz berkata, ketika ini tiada masalah untuk Yang Dipertua Dewan memanggil sidang DUN kerana perkara itu selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-Raja Melayu pada Rabu lepas.

“Raja-Raja Melayu telahpun memberi lampu hijau dan selaku Ketua Pembangkang DUN, saya bertanggungjawab membawa perkara ini agar Dewan Negeri dapat bersidang semula.

“Di Perak, saya fikir sepatutnya tidak ada masalah lagi untuk diadakan segera. Kita ada banyak hal nak bincang dan saya rasa kemungkinan besar beliau (Speaker) pun ada perkara yang mahu diperjelaskan dan disebut dalam dewan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Abdul Aziz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi berkata, pihaknya telahpun menghubungi pejabat Speaker dan sedang menunggu maklum balas bagi perbincangan itu secepatnya minggu hadapan.

Katanya persidangan DUN Perak sepatutnya diadakan selewat-lewatnya bulan ini selepas persidangan terakhir pada Disember lalu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.