nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Teliti Semula Mekanisme Agihan Bantuan Kerajaan

20 JUN: Kerajaan Persekutuan disarankan agar meneliti semula mekanisme pengagihan bantuan dalam mewujudkan keseimbangan terhadap keseluruhan rakyat yang terkesan akibat daripada pandemik COVID-19.

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, berkata ini kerana bantuan kerajaan banyak tertumpu kepada golongan pendapatan isi rumah B40, sedangkan kumpulan M40 dan T20 turut terkesan akibat COVID-19.

Menurut beliau, golongan M40 dan T20 sering dilupakan kerana disangka masih mempunyai pendapatan seperti biasa, terutamanya sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pendapatan isi rumah pada tahun ini sudah berubah akibat COVID-19. Ramai dalam kalangan T20 sudah turun menjadi M40 ataupun lebih dahsyat lagi B40.

“Contoh ialah juruterbang atau anak kapal pesawat yang dahulunya bergaji puluhan ribu ringgit, tetapi kini tidak mempunyai pekerjaan.

“Golongan M40 pula sebagai kumpulan pertengahan juga banyak terkesan dengan pandemik ini, antaranya, mereka dibuang kerja, perniagaan merosot dan banyak lagi,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Tambahnya, sebahagian golongan M40 yang juga kumpulan pertengahan pendapatan isi rumah dikatakan, dapat menikmati bantuan, manakala bakinya tidak mendapat layanan sama.

Justeru, Zainul Rijal menegaskan kerajaan perlu mendapatkan data pendapatan isi rumah terkini bagi tujuan pengagihan bantuan lebih seimbang membabitkan keseluruhan lapisan masyarakat.

“Banyak perniagaan ditutup, pekerja diarah bekerja dari rumah sedangkan pekerjaan berkenaan sebenarnya tidak boleh dibuat di rumah, sepanjang pelaksanaan PKP dari 1 hingga 28 Jun ini.

“Ini menyebabkan tiada pendapatan kepada perniagaan. Bagaimana majikan mahu membayar gaji pekerja, sewa premis, perbelanjaan dan banyak lagi.

“Akibatnya, pekerja tidak mendapat gaji dan majikan tidak mendapat bayaran perniagaan mereka. Keadaan ini memberi kesan kepada pekerja dan majikan,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.