nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bentang Segera RUU Gangguan Seksual

21 JUN: Majlis Belia Malaysia (MBM) menyarankan kerajaan menyegerakan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Gangguan Seksual di Parlimen bagi menangani masalah gangguan seksual di sekolah dan institusi pusat pengajian tinggi (IPT).

Presidennya, Juftri Joha berkata, pihaknya berasa bimbang akan keselamatan mereka berikutan pendedahan oleh beberapa pelajar dan mahasiswa akan gangguan seksual yang berlaku di sekolah dan universiti. 

Menurut beliau, seharusnya sekolah dan IPT menjadi tempat selamat bagi menimba ilmu dan tidak sepatutnya dicemari dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan nilai ilmu dan hikmah. 

“Namun, terdapat segelintir kecil warga pendidik yang terlibat dengan kesalahan tingkah laku tersebut sehingga mencemarkan nama baik profesion yang mulia ini.

JUFTRI

“Tindakan yang menjijikan tersebut wajar dikutuk dan diberikan hukuman setimpal.

Justeru, MBM menggesa pihak Kerajaan agar dapat menyegerakan pembentangan Rang Undang-Undang Gangguan Seksual di Parlimen,” katanya menerusi kenyataan di Facebook rasmi MBM, hari ini. 

Febuari lalu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun mengesahkan RUU berkaitan gangguan seksual berada di peringkat akhir dan akan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Rina turut memberi jaminan RUU itu akan bersifat holistik dalam membendung isu berkaitan gangguan seksual yang tidak terhad terhadap gangguan di tempat kerja semata-mata.

Dalam pada itu, selaras dengan semangat Rukunegara, Juftri menegaskan bahawa tenaga pengajar bertanggungjawab untuk mendidik anak murid menjadi insan yang beradab dan warganegara yang berguna dan bukannya mengeksploitasi dan merosakkan mereka. 

Beliau berkata, pihak sekolah dan universiti seharusnya menyediakan platform atau garis panduan bagi menangani gangguan seksual di sekolah dan kampus. 

“Ini perlu dilakukan bagi membolehkan para pelajar dan mahasiswa melaporkan sebarang salah laku berkaitan gangguan dan eksploitasi seksual.

“Kempen kesedaran terhadap gangguan seksual di sekolah dan kampus juga perlu diperkasakan bagi memupuk kesedaran warga sekolah dan kampus terhadap isu ini,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.