nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Polis rampas mesin simulator judi bernilai RM3.63 juta

22 JUN: Polis Bukit Aman berjaya menumpaskan cubaan menyeludup 18 kontena mengandungi mesin simulator judi dianggarkan bernilai RM3.63 juta dalam satu serbuan di kawasan premis dekat Jalan Sungai Jati, Klang, petang semalam.

Kegiatan itu terbongkar berikutan penahanan sembilan lelaki berusia antara 21 hingga 49 tahun, dalam Operasi Kontraban oleh sepasukan anggota serta pegawai Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas (CPSK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, bermula pada jam 5.30 petang, semalam.

Pengarah JKDNKA Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim, berkata pihaknya dengan kerjasama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman menahan suspek termasuk pemilik premis serta pekerja mereka hasil risikan dan maklumat orang awam.

“Pada masa sama, kita menemui dan merampas rokok putih dipercayai diseludup bernilai RM36,000, minuman keras jenis bir (RM12,200) serta ‘liquor’ atau minuman beralkohol tinggi (RM30,000) dalam dua lori.

“Kenderaan dan kontena berisi mesin judi terbabit masing-masing bernilai RM140,000 serta RM180,000 turut disita bagi membantu siasatan. Jumlah keseluruhan rampasan sebanyak RM4 juta. Pemeriksaan lanjut pula mendapati dua suspek mempunyai rekod jenayah,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Dalam pada itu, Zainal Abidin berkata, pihaknya akan lebih agresif dengan mengadakan lebih banyak operasi dalam masa terdekat bagi menangani aktiviti penyeludupan secara menyeluruh.

Pada masa sama, katanya, polis sentiasa membuat pemeriksaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terutama di kilang.

“Ia berikutan kita ada terima laporan kluster COVID-19 di premis berkenaan. Operasi itu wajib dilakukan dan akan dilaksanakan secara berterusan.

“Ia antara usaha polis bagi membantu pihak berwajib memutuskan rantaian jangkitan wabak berkenaan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.