24 JUN: Kes jangkitan baharu COVID-19 hari ini meningkat semula sebanyak 5,841 kes berbanding semalam 5,244 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 667,876 kes.
Menurut beliau, Selangor masih kekal penyumbang tertinggi kes jangkitan harian COVID-19 dengan 2,072 kes hari ini di mana kes meningkat berbanding semalam iaitu 2,001 kes.
“Negeri yang mencatatkan peningkatan adalah Negeri Sembilan (781), Sarawak (581), Kuala Lumpur (552) , Johor (346), Kedah (271), Melaka (247), Labuan (212), Sabah (203) Kelantan (135) , dan Perak (120),
“Terengganu (29), Putrajaya (17), mencatatkan peningkatan dua digit manakala Perlis hanya lima kes namun meningkat berbanding semalam manakala Pahang (162) dan Pulau Pinang (108) hanya negeri yang mencatatkan penurunan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook miliknya, hari ini.