nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Khaled tegur kabilah ‘perosak’ UMNO

25 JUN: Kepada semua kabilah dalam parti, kendurkanlah cita-cita kalian demi menyelamatkan UMNO dan kembalilah semua sebagai hanya satu pasukan demi tanah air.

Itulah teguran Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang turut berkata untuk mewujudkan Kerajaan yang stabil di Malaysia, UMNO mesti jadi sebahagian daripada angkubahnya.

Menurut beliau, para pemimpin dalam UMNO mesti mengendurkan aspirasi peribadi dan mengutamakan hanya aspirasi parti dan negara.

“Kekadang terlalu banyak pertindihan pendirian sehingga ahli dan rakyat jadi bingung pendirian mana yang UMNO ini sebenarnya perjuangkan.

“Jika UMNO ingin berkelangsungan, maka UMNO harus teguh dengan keputusan parti dan hanya keputusan parti. Ini maksudnya hanya institusi Presiden dan Majlis Tertinggi sebagai pengemudi perjalanan UMNO,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini. 

Dalam pada itu, Khaled memaklumkan segala yang di luar institusi ini bukan mewakili kepentingan parti malah adalah elemen canggahan kepada parti.

“Sama ada kita bersetuju dengan individu atau tokoh tertentu dalam kepimpinan parti, itu biarlah kita simpan dalam nurani kita. Namun disiplin parti mesti kita kekalkan.

“Mereka yang terpilih dek keputusan perwakilan adalah wakil sebenar parti dan kepada merekalah kita sandarkan keyakinan.

“Tanpa disiplin, parti akan jadi persendaan ahli dan rakyat. Tanpa kesatuan, UMNO akan meleset dalam seteruk-teruk kemelesetan,” katanya. 

Sementara itu, Khaled menegaskan Pakatan Harapan (PH) tumbang kerana peranan UMNO menjadi pendesak dan pengatur cara dan hasil daripada itu, Perikatan Nasional (PN) tertubuh kerana UMNO memberikan talian hayatnya.

Maka, beliau berkata nasib PN seterusnya adalah dalam percaturan UMNO dan pada  UMNO kunci sebuah pemerintahan yang berfungsi boleh dijelmakan.

“Tetapi UMNO juga berhadapan dengan masalahnya tersendiri. Pelbagai kabilah dalam UMNO dengan cita-cita masing-masing.

“Cita-cita untuk diri sendiri dan bukan untuk negara, parti, orang Melayu dan Islam. Masalah inilah yang akan menewaskan UMNO jika tidak diatasi,” katanya. 

Namun, beliau menegaskan ini tidaklah bermakna mereka harus memadam cita-cita untuk memimpin bangsa suatu hari nanti kerana UMNO senantisa bersedia menonjolkan hanya yang terbaik jika saat dan ketikanya sampai tetapi mesti dengan mengikut resmi dan tradisi parti itu. 

“Semoga Allah membuka seluas-luasnya pintu persaudaraan di kalangan kita dan semoga Allah melembutkan hati sang ‘panglima’ dalam UNMO untuk bertaut kembali demi UMNO yang satu-satunya,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.