27 JUN: Kebakaran dahsyat di sebuah marina di Hong Kong awal pagi tadi mengakibatkan 16 kapal hangus dan 10 kapal mewah karam.
Kebakaran berlaku sekitar 2.30 pagi waktu tempatan dan empat pasukan bomba mengambil masa lebih enam jam untuk dipadamkan.
Ia turut menjejaskan hampir 30 buah kapal berikutan kedudukannya yang berdekatan antara satu sama lain.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilapurkan dan 35 orang berjaya diselamatkan, dengan seorang dihantar ke hospital, menurut penyiar awam RTHK.
Satu letupan juga kedengaran semasa kebakaran di tempat perlindungan taufan di Aberdeen South itu.
Menurut pihak berkuasa, pasukan terbabit mengalami kesulitan memadamkan api kerana bot-bot terletak pada jarak yang dekat.
Setakat ini, punca kebakaran masih belum diketahui