nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

BDR: KSM terima lebih 1,769 aduan

27 JUN: Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerima 1,769 aduan mengenai tindakan majikan tidak membenarkan pekerja mereka bekerja dari rumah (BDR) dari seluruh negara menerusi aplikasi digital Working for Workers (WfW) yang dilancarkan pada bulan lalu.

Timbalan Menterinya, Datuk Awang Hashim berkata secara keseluruhannya KSM menerima sebanyak 3,737 aduan menerusi WfW dengan kes tertinggi membabitkan majikan enggan membenarkan BDR.

Malah, Awang berkata siasatan KSM juga mendapati ada majikan memaksa bukan hanya memaksa 80 atau 90 peratus, malah 100 peratus pekerja bekerja di kilang atau pejabat masing-masing.

“Kadang-kadang bukan setakat 80 hingga 90 peratus, malah masih ada hingga 100 peratus bekerja di pejabat atau kilang dan perkara ini tidak seharusnya berlaku dalam keadaan kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mengekang penularan COVID-19,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai Operasi Pematuhan Akta 446 dan Prosedur Operasi Standard Akta 342 di sebuah kilang produk kesihatan di Jitra, Kedah hari ini.

AWANG

Sebelum ini, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan mengumumkan penambahan kategori aduan iaitu ‘Majikan tidak benarkan BDR’ dalam aplikasi tersebut berikutan pengumuman kerajaan yang menetapkan 40 peratus pekerja sektor swasta dikehendaki bekerja dari rumah sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Langkah tersebut diharap dapat mengurangkan pergerakan dan kehadiran secara fizikal pekerja yang ingin membuat aduan di mana-mana Pejabat Tenaga Kerja.

Mengulas lanjut, Awang berkata sehingga kini KSM menerusi Jabatan Tenaga Kerja (JTK) telah melakukan pemeriksaan terhadap 19,981 majikan selain 108,877 penginapan di seluruh negara.

Berikutan itu, JTK membuka 757 kertas siasatan telah dibuka di bawah Akta 446 terhadap majikan pelbagai sektor melibatkan bermacam-macam kesalahan di bawah akta tersebut.

“Daripada 757 itu, sebanyak 125 kertas siasatan melalui proses pendakwaan di Mahkamah Sesyen seluruh negara manakala 55 daripada pendakwaan itu telah selesai dan jumlah denda dibayar adalah sebanyak RM361,000.

“Kebanyakan kesalahan dilakukan ialah pelanggaran Seksyen 24D, Akta 446 kerana menempatkan pekerja di penginapan tanpa perakuan daripada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja.

“Banyak juga kes melibatkan pelanggaran peraturan 3 dan 4 Peraturan-Peraturan Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja iaitu tidak mematuhi kehendak minimum atau tidak menyediakan kemudahan asas kepada pekerja,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.