nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Keluar KWSP bukan penyelesaian terbaik – MTEM

27 JUN: Pengeluaran dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak menjadi masalah untuk dilaksanakan, sekiranya usaha itu membolehkan rakyat yang terbeban akibat COVID-19, menerima bantuan serta-merta.

Felo Kanan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu Berhad (MTEM), Ahmad Yazid Othman, berkata bagaimanapun tindakan itu bukan penyelesaian atau strategi terbaik kerana mengganggu keperluan kewangan pencarum pada masa depan.

“Apa yang lebih baik adalah kerajaan dapat  menyuntik subsidi dan bantuan tunai kepada semua rakyat terkesan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya mereka boleh duduk di rumah dan tidak risau pasal masa depan sampailah negara mencapai keadaan stabil.

“Jika memberikan i-Sinar menggunakan wang KWSP pencarum sendiri dan bukan duit kerajaan, selain melanjutkan moratorium pinjaman bank, maknanya kerajaan tidak buat apa-apa secara direct (langsung) untuk membantu rakyat terkesan dalam dua hal ini,” katanya ketika dihubungi Portal PN BBC, hari ini.

AHMAD YAZID

Ahmad Yazid berkata, pihaknya memahami  kerajaan berdepan dilema yang bukan mudah bagi mengawal COVID-19 dan pada masa sama, memastikan rakyat mempunyai punca rezeki untuk bertahan dalam keadaan sukar ini.

Katanya, walaupun diakui pemberian subsidi dan wang tunai memerlukan perbelanjaan lebih besar, termasuk menaikkan kadar hutang negara, tetapi kesannya, rakyat terjejas boleh bertahan dalam situasi sukar kini.

Beliau berkata, keutamaan perlu diberikan perhatian segera adalah kerajaan mesti menyelamatkan nyawa rakyat, selain mengelakkan tindakan tidak strategik yang akan mengundang isu politik.

“Kenapa kita nak berdegil dengan pendapat pihak tertentu kerana kita dapati keadaan berterusan ini menyebabkan 50 peratus rakyat merana, marah, tidak mempunyai pendapatan, tidak ada peluang menambah kewangan dan tidak ada harapan.

“Lebih membimbangkan situasi sukar ini bukan hanya berkaitan duit, tetapi mengundang tekanan mental dan anak-anak serta keluarga di rumah kelam kabut yang menambahkan kegusaran dan bebanan kepada rakyat,” katanya.

Pada masa sama, Ahmad Yazid berkata, kerajaan perlu memikirkan bahawa bukan semua individu atau pihak mempunyai simpanan KWSP, justeru bagaimana nasib akan menimpa golongan terpinggir, seperti bekerja sendiri dan tidak memiliki akaun pelaburan masa depan berkenaan.

“Malah bukan semua yang ada simpanan KWSP adalah orang berada, jadi kerajaan perlu memberikan subsidi dan wang tunai kepada mereka yang tidak menerima bantuan daripada kedua-dua kaedah, iaitu pengeluaran KWSP dan moratorium,” katanya.

Mengulas mengenai bayangan diberikan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bahawa kerajaan mungkin melanjutkan program moratorium pinjaman secara automatik, Ahmad Yazid berkata, perkara itu memang digesa pihaknya sejak awal.

“Moratorium itu memang kami minta wajibkan supaya dapat membantu rakyat terkesan untuk bertahan sebab kita tahu PKP lama,” katanya.

Zafrul menerusi kenyataannya di Facebook, semalam, memberi bayangan bahawa kerajaan mungkin melanjutkan program moratorium pinjaman secara automatik sekali lagi, selain i-Sinar 2.0 kepada rakyat terjejas akibat COVID-19 dan pelaksanaan PKP3.0.

Jelasnya, beliau sudah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan agensi berkaitan.

Sementara itu, Presiden Dewan Perdagangan dan Industri ASEAN, Datuk Sohaimi Shahadan, berkata kerajaan tidak perlu takut menggunakan kuasa ke atas Bank Negara Malaysia (BNM) bagi meneruskan pemberian moratorium kepada golongan terkesan.

Pemberian moratorium kepada golongan bersasar, seperti B40, M40 dan peniaga kecil itu, katanya, tidak akan membuatkan bank serta institusi kewangan gulung tikar.

Sohaimi berkata, pelaksanaan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 memberi kuasa cukup luas kepada kerajaan untuk meminda undang-undang bagi mengarahkan moratorium dilaksanakan.

“Saya menjadi hairan mengapa pihak kerajaan tidak boleh melalui BNM, mengarahkan supaya bank atau institusi kewangan melaksanakan moratorium kepada golongan B40 dan M40?

“Bank-bank ini tidak akan gulung tikar dengan memberi moratorium dan  Kementerian Kewangan yang mengawal BNM juga mempunyai kuasa penuh ke atas bank berkenaan, manakala BNM memiliki kuasa penuh ke atas bank-bank komersial dan institusi kewangan, tetapi tidak mengambil tindakan,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.