27 JUN: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 Fasa 1 yang dilaksanakan ketika ini, tidak ditamatkan esok.
Berita Yang Berkaitan
Beliau berkata, Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara juga akan diteruskan sehingga nilai ambang jangkitan harian COVID-19 kurang daripada 4,000 kes.
Katanya, susulan itu, kerajaan akan mengumumkan bantuan lebih menyeluruh kepada semua kumpulan masyarakat pada esok atau Selasa ini.