30 JUN : Gelombang panas yang melanda Kanada telah meragut 69 nyawa di kawasan penempatan berhampiran bandar Vancouver.
Gelombang panas yang melanda barat laut Pasifik Amerika Syarikat (AS) turut melanda kawasan barat negara itu.
Mereka yang dilaporkan meninggal dunia di bandar Burnaby dan Surrey terdiri daripada golongan tua atau mereka yang telah menghadapi masalah kesihatan.
Perubahan cuaca menyebabkan suhu panas meningkat manakala gelombang panas berlaku dari Oregon di barat laut AS sehingga ke wilayah-wilayah Artik di Kanada.
Pada Isnin lalu, Kanada mencatatkan suhu 47.9 darjah Celsius di Lytton, British Columbia yang terletak kira-kira 250 kilometer dari timur Vancouver.
Dalam pada itu, Kanada mencatatkan suhu paling tinggi pada Selasa di Lytton, British Columbia iaitu 49.5 darjah Celsius sekali gus memecahkan rekod harian di bandar tersebut.