nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Keselamatan Siber: Malaysia 10 Negara Terbaik Dunia

30 JUN: Malaysia terus mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa apabila menempa nama di antara 10 negara teratas dan terbaik di dunia yang mempunyai komitmen tinggi dalam bidang keselamatan siber.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah yang memaklumkan pengiktirafan itu berdasarkan laporan Global Cybersecurity Index 2020, hasil kajian yang dilaksanakan oleh International Telecommunications Union (ITU) di 194 negara seluruh dunia.

Menurut beliau, kebolehupayaan Malaysia untuk menduduki tempat teratas dunia adalah melalui skor penuh melibatkan tiga komponen iaitu Perundangan, Pembangunan Kapasiti dan Kerjasama.

“Malaysia beroleh skor sebanyak 98.06 sekali gus meletakkan negara pada kedudukan kelima bersama Rusia dan Emiriah Arab Bersatu di peringkat global.

SAIFUDDIN

“Di peringkat Asia Pasifik pula, Malaysia berada pada kedudukan kedua selepas Republik Korea dan Singapura yang berkongsi skor sama. Pencapaian ini lebih baik berbanding tahun 2018, di mana negara berada pada kedudukan kelapan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, pengiktirafan tersebut membuktikan keupayaan, iltizam, serta kesediaan kerajaan dalam menyediakan khidmat kepakaran, advokasi dan kesiapsiagaan dalam bidang keselamatan siber.

Beliau menjelaskan, skor Malaysia adalah berdasarkan kepada lima petunjuk prestasi utama agenda keselamatan siber 2020 ITU iaitu Perundangan (20.00), Teknikal (19.08), Organisasi (18.98), Pembangunan Kapasiti (20.00) dan Kerjasama (20.00).

“Dalam aspek pembangunan kapasiti, Malaysia menyediakan program-program latihan kemahiran teknikal dan kompetensi serta persijilan profesional melibatkan domain keselamatan siber.

“Menerusi Skim Pensijilan Profesional Keselamatan Siber Bertauliah Global (Global ACE Certification Scheme) serta kolaborasi bersama sektor awam, swasta, industri dan juga institusi pengajian tinggi, Malaysia berupaya untuk menghasilkan golongan profesional keselamatan siber bukan sahaja di dalam, malah di luar negara,” katanya. 

Sementara itu Saifuddin memaklumkan, Malaysia juga aktif dalam mengukuhkan kerjasama bagi menentang keganasan siber di peringkat global melalui pelbagai platform antarabangsa.

“Jalinan kerjasama turut dimeterai bersama rakan serantau ASEAN seperti Filipina, Indonesia, Laos, Myanmar, Kemboja, Thailand, Vietnam, United Kingdom, Korea, Itali dan Australia,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.