30 JUN: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dimasukkan ke sebuah hospital di ibu negara selepas mengalami diarea sejak semalam.
Perkara itu dimaklum Pejabat Perdana Menteri menerusi satu kenyataan di mana Muhyiddin dimasukkan ke hospital pagi ini untuk menerima rawatan dan pemantauan.
“Pejabat Perdana Menteri ingin memaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri telah mengalami diarea sejak semalam.
“Sehubungan itu beliau telah didaftar masuk ke sebuah hospital di ibu negara pagi ini untuk menerima rawatan dan pemantauan,”katanya dalam kenyataan.