1 JULAI: Kadar kes baharu kembali meningkat menghampiri angka 7,000 kes sehari dengan 6,988 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam ciapannya menerusi akaun Twitternya hari ini berkata angka berkenaan menunjukkan peningkatan sebanyak 712 kes berbanding 6,276 kes semalam.
Dr Noor Hisham berkata dengan perkembangan terbaharu itu jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini menjadi 758,967 kes.
“Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,885 kes, diikuti Kuala Lumpur (988), Negeri Sembilan (692), Sarawak (544), Melaka (311), Johor (270), Kedah (250) dan Sabah (232).
“Pahang pula mencatatkan 195 kes, Pulau Pinang (174), Perak (149), Labuan (129), Kelantan (108), Terengganu (50), Putrajaya (10) dan satu kes di Perlis,” katanya.