nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KPKT nafi tawar pembiayaan peribadi

1 JULAI: Dakwaan menyatakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menawarkan pembiayaan peribadi ‘Lestari Pinjaman Peribadi KPKT’ kepada orang awam seperti yang tular di Facebook adalah tidak benar sama sekali. 

KPKT menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, hasil semakan dibuat pihaknya mendapati laman media sosial terbabit diwujudkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakan logo kementerian itu serta logo syarikat Kredit Komuniti berlesen yang didaftar di bawah Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 (Akta 400).

“KPKT menafikan pembabitan dan tawaran iklan terhadap pembiayaan peribadi ‘Lestari Pinjaman Peribadi KPKT’ kepada orang awam.

“KPKT memandang serius terhadap mana-mana pihak atau syarikat pemberi pinjaman wang berlesen atau tidak berlesen yang menyalahgunakan logo KPKT, logo Kredit Komuniti dan lesen pemberi pinjam wang untuk tujuan penipuan,” kata kementerian itu yang dikongsikan menerusi Facebook rasminya, hari ini. 

Dalam pada itu, KPKT memberitahu kementerian akan melakukan siasatan lanjut serta menyerahkan perkara tersebut kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Selain itu, kementerian itu mengesahkan aduan juga turut dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung perkara tersebut. 

“Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dalam menerima sebarang tawaran pinjaman yang diiklankan.

“Sekiranya terdapat sebarang keraguan berhubung iklan yang dipaparkan, orang awam dinasihatkan untuk terus menghubungi Bahagian Kawalan Kredit Komuniti (BKKK), KPKT ditalian 03-8891 4690/4668/4658/4708.

“Aduan juga boleh dibuat melalui saluran aduan.kpkt.gov.my atau melalui aplikasi mobil i-KrediKom,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.