nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Parti politik diseru sertai Misi 100 Jam Khidmat Sukarela

1 JULAI: Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menyeru semua parti politik khususnya pergerakan sayap pemuda bekerjasama dalam menawarkan khidmat sukarelawan percuma kepada masyarakat menerusi ‘Misi 100 jam Khidmat Sukarela’.

Ketua ARMADA BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, pihaknya telah menggerakkan misi berkenaan bagi membantu petugas di pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara dan mengesahkan memerlukan lebih banyak tenaga sukarelawan membantu kerajaan mempercepat proses pemberian vaksin COVID-19.

Menurut beliau, penyertaan sukarelawan dalam kalangan ahli politik yang sentiasa bersama rakyat ini perlu dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada masyarakat berkaitan dengan proses pendaftaran dan penerimaan vaksin.

“Saya ingin menyeru semua parti politik bagi bantu, ini misi yang melangkaui parti politik, jika lebih banyak yang bantu lebih mudah untuk kita capai imuniti kelompok.

“Perlu ada sukarelawan orang politik kerana mereka berada dalam kalangan akar umbi, mereka bersama dengan masyarakat setiap hari, mereka perlu tahu siapa yang sudah divaksin dan tidak,” katanya selepas melawat PPV Spice Arena, Bayan Baru di Pulau Pinang, hari ini.

Terdahulu, Armada pada 10 Jun lalu mengaktifkan ‘Misi 100 jam Khidmat Sukarela’ untuk membantu petugas di PPV di seluruh negara bagi memastikan kelancaran proses pemberian vaksin kepada orang ramai.

Dalam pada itu, Wan Ahmad Fayhsal memaklumkan pada masa ini jumlah mereka yang tidak hadir janji temu masing-masing juga masih tinggi termasuk di Kuala Lumpur.

“Kalau tidak ada orang ketuk pintu, yang tolong periksa MySejahtera dan tolong daftar untuk mendapatkan vaksin, usaha kerajaan untuk capai imuniti kelompok akan menjadi lebih lambat dicapai.

“Jadi mana-mana pihak termasuk ahli parti politik perlu bekerjasama menjalankan tugas sukarelawan kerana petugas kesihatan pada masa ini masih tidak mencukupi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, setakat 30 Jun lalu, seramai 105,743 individu mendaftar untuk menyertai inisiatif Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVac) di seluruh negara sejak dibuka ketika pemberian vaksin fasa pertama Mac lalu.

“Seramai 5,302 sukarelawan MyVac sudah ditempatkan di PPV yang beroperasi manakala 9,819 sedang dalam keadaan bersiap sedia untuk ditempatkan di PPV yang ditetapkan nanti,” katanya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.