nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

COVID-19: FoodBank Elewsmart bantu golongan terjejas

2 JULAI: Insiatif FoodBank oleh pendakwah terkenal, Ebit Lew di Elewsmart amat membantu orang ramai yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19.

Tinjauan PN BBC Portal di pasar raya milik Ebit mendapati gerobok bantuan itu dibuka setiap hari dengan menyediakan barang-barang keperluan harian seperti gula, sardine, tepung, susu dan beras.

Seorang penjual nasi lemak Nor Azni Hamzah, 36, berkata, hasil jualan secara kecil-kecilan itu semakin tidak menentu sejak pandemik ini melanda sekali gus menjejaskan kehidupannya yang perlu menyara seorang anak berusia dua tahun. 

Dia sanggup datang menaiki motosikal dari Balakong ke cawangan Elewsmart di Bandar Baru Bangi untuk mendapatkan bantuan tersebut.

“Saya amat berterima kasih dan bersyukur kerana ada insan yang prihatin seperti Ustaz Ebit Lew dan orang ramai yang memberi bantuan di situ. Ia sangat membantu saya dan ramai lagi mereka yang terjejas sejak COVID-19 melanda. 

NOR AZNI (kiri) dan Norsiah menyifatkan bantuan tersebut dapat meringankan beban keluarganya yang susah ketika PKP 3.0 ini.

“Saya hanya ambil ikut keperluan kerana masih ada lagi mereka yang lebih susah. Saya cuma ambil susu dan sardin,” katanya ketika ditemui PN BBC Portal di Elewsmart, Bandar Baru Bangi, Selangor, hari ini. 

Dalam pada itu, Norsiah Endek, 62, memberitahu dia berterima kasih kepada Ebit kerana sumbangan ini amat diperlukan memandangkan pendapatan anaknya tidak menentu sejak pandemik ini sekali gus memberi kesan mendalam dalam kehidupannya.

“Bantuan ini sedikit banyak memberi nafas kepada saya disebabkan perniagaan saya sejak PKP tak laku. Anak pula baru sahaja diberhentikan kerja. 

“Dengan bantuan ini, sedikit sebanyak boleh meringankan beban untuk meneruskan kehidupan harian kami yang sangat terjejas.  Terima kasih kepada Ustaz Ebit Lew atas bantuan ini. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas budinya,” katanya. 

Terdahulu, ikon berhati mulia itu telah melancarkan gerobok makanan tersebut sejak pasar rayanya dibuka yang tersedia di semua 22 cawangannya di seluruh Malaysia. 

Menerusi perkongsian di laman sosial, Ebit Lew menerangkan tujuan utama gerobok makanan itu adalah untuk membantu golongan yang memerlukan. 

“Saudaraku, jika sesiapa memerlukan barang asas, terus sahaja ke 22 cawangan Elewsmart berdekatan ambil makanan di rak FoodBank kami. Setiap hari tanpa cuti. Jangan ada satu keluarga pun sampai berlapar,” katanya. 

Dalam pada itu, seorang pekerja di Elewsmart yang dikenali sebagai Aini, 27, memaklumkan barang di FoodBank itu bukan sahaja sumbangan pasar raya itu, malah ramai insan prihatin yang turut menyumbang. 

Menurut beliau, pihaknya amat menyambut baik sumbangan daripada orang luar namun apa yang menyedihkan ada di antara individu yang mengambil barang itu dilihat seperti mengambil kesempatan terhadap bantuan itu. 

“Sesiapa sahaja dibenarkan untuk mengambil…kita tak hadkan barangan cuma kami sebagai pekerja kena pantau. Ini kerana ada orang yang datang memang memerlukan bantuan dan ada pula yang mengambil kesempatan tanpa memikirkan ada orang yang lebih susah daripada mereka.

“Ada yang ambil telur sepapan…sepatutnya hanya ambil ikut keperluan dan ada juga hari-hari datang dengan ambil barang dengan banyak.

“Sebab itu, ada setengah barang kita tetapkan supaya semua keperluan harian itu dapat dibahagikan dengan seadil-adilnya kepada mereka yang memerlukan. Jadi, orang ramai yang datang diharap ambilah barang ikut keperluan diri dan bukanlah ambil semua tanpa memikirkan yang lain,” katanya.- Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.