3 JULAI: Selangor kembali mencatatkan kes positif harian COVID-19 melebihi paras 3,000 kes hari ini pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di negeri itu.
Selangor mencatatkan 3,047 kes sekali gus menyumbang kepada keseluruhan kes harian iaitu 6,658 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata Negeri Sembilan berada dikedudukan kedua dengan 699 kes, diikuti Kuala Lumpur (637) dan Johor (414).
Beliau berkata ini diikuti oleh Sarawak (361), Melaka (345), Sabah (322), Pahang (200), Kedah (145), Pulau Pinang (142), Labuan (108), Perak (101) dan Kelantan (89).
“Tiga negeri mencatatkan jumlah kes bawah tiga angka ialah Terengganu (51), Putrajaya (16) dan Perlis (2),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.