nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KSM dan ILO bekerjasama tangani isu buruh paksa

5 JULAI: Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan bekerjasama dengan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) bagi membangunkan satu Pelan Tindakan Nasional bagi menangani isu buruh paksa dan buruh kanak-kanak yang akan dimuktamadkan pada suku keempat 2021.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, pihaknya memandang serius isu-isu di bawah bidang tanggungjawabnya berikutan Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP) 2021 Jabatan Negara Amerika Syarikat di mana Malaysia telah diturunkan ke  Tahap 3 kerana gagal memenuhi sepenuhnya standard minimum membanteras pemerdagangan manusia.

Malah, Saravanan berkata KSM sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Pemerdagangan Buruh akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak-pihak berkepentingan lain dalam usaha membanteras jenayah pemerdagangan orang khususnya buruh paksa.

SARAVANAN

“Isu perburuhan menjadi amat kompleks berikutan pandemik COVID-19 melanda negara sejak tahun lepas, namun KSM terus mengambil pelbagai inisiatif termasuklah memperketatkan penguatkuasaan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

“Justeru, KSM akan memastikan akta ini dapat dikuatkuasakan seiring dengan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 untuk meningkatkan jumlah sabitan berkaitan isu buruh paksa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS)  telah mengeluarkan laporan tahunan berkaitan pemerdagangan manusia apabila Malaysia diturunkan ke tahap terburuk disebabkan tidak memenuhi piawaian minimum untuk menghapuskan kegiatan itu dan tiada usaha signifikan melakukannya.

Menurut laporan itu, Malaysia yang sebelum ini di Tahap 2 pada laporan tahun lalu, gagal memperbaikinya meskipun mengambil kira kesan pandemik COVID-19 terhadap keupayaan langkah antipemerdagangan manusia.

Justeru itu, Saravanan berkata KSM juga akan memperketatkan penguatkuasaan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) seiring Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 untuk meningkatkan jumlah sabitan kepada pihak tidak bertanggungjawab berkaitan isu buruh paksa.

Beliau berkata, kementerian juga akan mengkaji semula isu kos dikenakan agensi pekerjaan swasta bagi meneliti jika ada kos tersembunyi yang boleh membebankan pekerja mahupun majikan sehingga menjurus kepada elemen eksploitasi dan perhambaan hutang.

Katanya, majikan yang menggajikan pekerja domestik adalah wajib untuk mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bermula pertengahan tahun 2021.

Beliau berkata kementerian juga akan memperhalusi aspek sama ada pekerja domestik perlu dilindungi di bawah Akta Kerja 1955.

“Kita juga akan mengkaji semula isu berkaitan kos yang dikenakan oleh agensi pekerjaan swasta sekiranya terdapat kos-kos tersembunyi yang boleh membebankan pekerja mahupun majikan sehingga menjurus kepada elemen eksploitasi dan perhambaan hutang,” katanya.

Beliau berkata, sejak aplikasi Working for Workers (WFW) diperkenalkan Mei lalu,  bagi membolehkan pekerja memfailkan aduan secara terus kepada 80 Pejabat Tenaga Kerja di seluruh negara, setakat 4 Julai, sejumlah 4,636 aduan telah diterima di mana 3,502 aduan telah disiasat dan diambil tindakan.

“Maklumat daripada aduan yang diterima ini juga telah membantu pihak penguat kuasa Kementerian untuk menyiasat dakwaan kes buruh paksa,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.