nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Wabak politiking masih berleluasa-Abdul Hadi

5 JULAI: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kecewa ekoran ‘wabak politiking’ masih menular walaupun negara berdepan isu pandemik COVID-19 yang tinggi.

Katanya, seluruh dunia masih dilanda penularan wabak pandemik COVID-19, namun masih ada negara yang dilanda wabak politiking disebabkan individu yang terlalu gila berkuasa, tanpa mempedulikan nyawa rakyat yang sedang diancam wabak COVID-19. 

“Contohnya, pilihan raya di Amerika Syarikat yang menyaksikan keganasan menyusul pengumuman keputusan selepas Donald Trump, yang dikatakan menggunakan kekayaannya bersama lobi Zionis, kalah serta keadaan di Mali, dengan tentera merampas kuasa menjatuhkan kerajaan yang memenangi pilihan raya.

“Di Malaysia pula, wabak politiking yang dialami agak berbeza, tetapi virusnya merebak dengan sangat meluas. Bermula apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memenangi pilihan raya dengan janji dan manifesto yang sebahagian besarnya adalah bohong dan menipu. 

“Mereka juga mendapat dukungan media sosial upahan tanpa sempadan yang menyebarkan pelbagai penipuan, berita palsu dan sebagainya. Sehingga mereka berjaya mencapai kemenangan dan menubuhkan sebuah kerajaan yang membawa pendekatan liberal yang tidak sesuai dengan masyarakat negara ini,” katanya di Facebooknya hari ini.

This image has an empty alt attribute; its file name is ABDUL-HADI-AWANG-4-resize.jpg
ABDUL HADI

Abdul Hadi berkata, kemuncak daripada tindakan itu, mereka berani mencabar kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan dan kedudukan Raja-Raja Melayu.

“Komunis yang ganas dan lebih ganas daripada penjajah pula disanjung oleh mereka. Begitu juga kalangan puak LGBT dan seumpamanya mula bebas menuntut hak dan ada pula kelompok dalam kerajaan PH yang mendukungnya,” katanya. 

Mengulas lanjut, Abdul Hadi memaklumkan kerajaan PH tumbang secara demokrasi apabila adanya keinsafan dalam kalangan sebahagian Ahli Parlimen yang kembali ke pangkal jalan bagi menyelamatkan negara.

“Setelah mereka gagal melalui pendekatan meniru langkah Perikatan Nasional mengambil akuan sumpah (SD) Ahli Parlimen, mereka mengemukakan undi percaya dan undi tidak percaya yang gagal juga serta berusaha menubuhkan jajaran baharu, sehinggalah terkini mengheret semua pihak berpolitiking. 

Justeru, Hadi yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah memaklumkan, Raja-Raja Melayu tidak sepatutnya diheret berpolitiking kerana mereka mempunyai banyak tugas lebih penting daripada melayan kehendak individu “berpenyakit politiking” itu.

“Kedua-dua pandemik tersebut menyusahkan rakyat. Sepatutnya pandemik COVID-19 ditangani dengan penuh penumpuan oleh semua pihak bagi menjaga nyawa seluruh rakyat yang tidak boleh ditangguhkan lagi. 

“Bahkan wajib bertolong-menolong kerana wabak ini tidak mengenal siapa, tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan fahaman politik,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.