nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kenyataan Kit Siang zahir sikap sebenar DAP terhadap Islam

6 JULAI: Sikap biadap veteran DAP, Lim Kit Siang dalam respon kepada tulisan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi Facebook miliknya menzahirkan sikap sebenar pemimpin pembangkang itu terhadap agama Islam. 

Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh mengecam sekeras-kerasnya tulisan Kit Siang yang dilihat memutar belitkan kenyataan Presiden Pas dengan mengaitkan nama Allah yang tersasar jauh dari maksud sebenar.

Justeru, Nik Zawawi menyeru agar semua pihak agar membuka mata melihat perwatakan sebenar DAP yang sentiasa mengambil kesempatan untuk melakukan penghinaan terhadap agama Islam dengan perbuatan melampau sehingga berani mempersendakan nama Allah. 

“Perbuatan seperti ini tidak boleh dibiarkan sama sekali, bahkan tindakan segera perlu diambil ke atas Lim Kit Siang atas penghinaan dan sikap melampau yang dilakukan. 

“Lim Kit Siang perlu segera meletakkan jawatan dalam dunia politik. Ini kerana ahli politik biadap seperti beliau tidak layak berkhidmat kepada negara apatah lagi menjunjung tinggi aspirasi perlembagaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Dalam pada itu, Nik Muhammad Zawawi yang juga Ketua Dawan Ulamak PAS Pusat (DUPP) turut mengingatkan kepada mana-mana pihak bercita-cita membina jajaran baru bersama DAP agar berfikir dengan lebih rasional dan mendalam akan implikasi yang bakal menimpa negara, khususnya berkaitan dengan kedudukan agama Islam. 

“DUPP percaya tindakan PAS memutuskan Tahaluf Siyasi dengan DAP semasa dalam Pakatan Rakyat adalah tepat demi menjaga maslahah agama dan kehormanian di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. 

“DUPP menyeru seluruh umat Islam agar mengukuhkan kesatuan serta tetap teguh mempertahankan agama Islam dan bersikap tegas terhadap apa-apa tindakan yang mengugat kesuciannya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad berkata, perbuatan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu memutar belit kenyataan Abdul Hadi sehingga menghina Allah dengan perkataan ‘Kerajaan Allah’ perlu diambil tindakan tegas. 

Beliau berkata, perbuatan Kit Siang juga dilihat cuba menghasut bagi menanamkan kebencian kepada kerajaan sekali gus menghina Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama.

“Mana-mana individu yang melanggar perkara itu boleh didakwa di bawah Seksyen 3(1)(a) Akta Hasutan 1948 jika disabitkan kesalahan.

“PAS yang meletakkan Islam sebagai dasar dan teguh istiqamah mempertahankan kesucian Islam serta perpaduan ummah daripada dihina dan dicerca mana-mana pihak. Kebiadaban yang berkali-kali berlaku mesti dihentikan segera,” katanya. 

Tambah beliau, sekiranya pemimpin DAP tersebut tidak berpuas hati terhadap kerajaan, seharusnya perkara itu tidak dikaitkan dengan sensitiviti agama Islam.

“Jika benci kepada pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional sekalipun, usah biadab sehingga meletakkan kelemahan pemerintahan itu kepada Tuhan umat Islam pula.

“Lemah adalah sifat mustahil bagi Allah SWT. Sepatutnya pemimpin terbabit lebih berhati-hati dalam menuturkan pandangan kerana ia berkait dengan soal akidah umat Islam,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.