nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan PN Masih Kekal Sah Untuk Mentadbir Negara

8 JULAI: Kerajaan sedia ada masih kekal sah mentadbir negara walaupun Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan pendirian bahawa parti itu menarik balik sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang berkuatkuasa semalam. 

Penganalisis Politik dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi berkata, ini kerana masih tiada bukti yang jelas daripada Ahli-Ahli Parlimen UMNO untuk menarik diri daripada kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Menurut beliau, kenyataan daripada Presiden UMNO tersebut bersifat umum dan tidak jelas kerana tidak menyatakan jumlah Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang akan menarik diri daripada menyokong kerajaan. 

“Perkara ini membuktikan kenyataan Zahid tidak jelas kerana adakah pengumuman Ahmad Zahid itu untuk menarik diri daripada kerajaan PN mewakili keseluruhan 38 Ahli Parlimen UMNO atau ini hanya sebahagian suara sahaja. 

“Kalau semuanya menyokong, sepatutnya pemimpin UMNO yang memegang jawatan dalam kerajaan perlu meletakkan jawatan mereka sebagai menyahut seruan daripada Presiden mereka namun perkara itu tidak terjadi,” katanya ketika dihubungi wartawan PN BBC Portal, hari ini. 

Dr Hussain Yusri Zawawi

Semalam, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) memutuskan bahawa UMNO menarik balik sokongan kepada kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin, berkuat kuasa serta merta. 

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara berkenaan dibuat berdasarkan keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020 dan kegagalan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin memenuhi tujuh syarat dan garis panduan dikemukakan oleh MKT pada 11 Mac 2020.

Berikutan itu, Zahid berkata, tempoh memberikan sokongan dan mandat UMNO kepada Muhyiddin selaku Perdana Menteri ditarik balik dan ditamatkan serta merta.

Dalam pada itu, Hussain memaklumkan sekiranya benar Ahmad Zahid mempunyai sokongan, seharusnya beliau perlu menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menegaskan bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu mempunyai sokongan penuh daripada 38 Ahli-Ahli Parlimen UMNO. 

Beliau yang juga merupakan Ketua Jabatan Hubungan Antarabangsa, UniSZA berkata, kenyataan daripada Presiden UMNO itu juga menyukarkan keputusan buat Seri Paduka Baginda sekiranya perkara itu dibawa begitu sahaja tanpa memperolehi jumlah Ahli Parlimen yang betul-betul menolak Kerajaan PN. 

“Sepatutnya konflik politik untuk menguasai negara tidak berlaku ketika melainkan kalau kita dah sampai ke Fasa 3 atau Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sudah pastinya akan menunjukkan penurunan kes waktu itu. 

“Belum sempat bantuan-bantuan yang dilaksana oleh kerajaan sampai semuanya kepada rakyat, muncul pula tsunami politik yang bertujuan untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan tindakan ini adalah tidak wajar dilakukan ketika negara sedap menghadapi pandemik COVID-19,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.