10 JULAI : Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah Seremban bermula semalam, polis menutup beberapa laluan utama di Nilai bersempadan dengan daerah Jelebu, Port Dickson serta Kajang, Selangor telah ditutup.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman menerusi satu kenyataan hari ini berkata, kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai terdiri daripada empat mukim iaitu Labu, Lenggeng, Pantai dan Setul.
Menurut Mohd Fazley, Polis bersama Jawatankuasa Bencana Daerah Seremban bersetuju menutup beberapa laluan utama dengan melakukan sekatan jalan raya (SJR) di sempadan daerah dan negeri.
Pelaksanaan PKPD bertujuan mengawal pergerakan penduduk di semua mukim terbabit serta mengekang penularan COVID-19.
PKPD di seluruh Seremban bermula semalam hingga 22 Julai.