13 JULAI : Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba memaklumkan sebanyak 421,479 dos suntikan vaksin COVID-19 telah diberikan semalam.
Menurut beliau melalui kenyataan ringkas di Twitter rasminya, ia merupakan jumlah tertinggi yang pernah diberikan setakat ini.
Kata Dr Adham, daripada jumlah itu, sebanyak 157,445 adalah dos kedua.
Sebelum ini, jumlah tertinggi untuk pemberian suntikan vaksin COVID-19 dalam sehari adalah 376,909 dos pada 9 Julai lepas.