nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PEJUANG nafi kembali bersama PN

13 JULAI: Ketua Penerangan PEJUANG, Ulya Aqamah Husamudin, menolak dakwaan bahawa partinya akan kembali bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dengan menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN) dalam masa terdekat.

Ulya Aqamah berkata, tuduhan liar itu cuba mencalar reputasi parti berkenaan kerana Pengerusi PEJUANG, Tun Dr Mahathir Mohamad berulang kali dengan tegas menolak dakwaan berkenaan.

“Andai PEJUANG berniat untuk kerjasama dengan BERSATU dan PN, tidak perlu pihak kami bertungkus-lumus berusaha mendapatkan kelulusan parti. Lebih baik sahaja kami kembali kepada parti lama,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, pada 8 Julai lalu, Dr Mahathir mengumumkan bahawa PEJUANG telah didaftarkan sebagai parti yang sah.

Semalam tular sekeping gambar menunjukkan sebuah kenderaan berlogo PEJUANG di hadapan Pejabat BERSATU Bahagian Jasin yang didakwa menggambarkan kerjasama antara dua parti terbabit kembali dibentuk menjelang pilihan raya umum akan datang.

Berikutan itu, Ulya Aqamah menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan berita palsu yang tidak sepatutnya berlaku.

Ulya Aqamah berkata Biro Politik PEJUANG tidak pernah berbincang mengenai kerjasama berkenaan dan fokus parti ketika ini adalah perbincangan menangani COVID-19 dalam kerangka Majlis Pemulihan Negara yang dicadangnya.

Beliau juga menegaskan pendaftaran PEJUANG tidak membabitkan “pintu belakang” atau percaturan politik, seperti yang cuba disensasikan oleh segelintir pihak.

“Di sini diperjelaskan bahawa pendaftaran PEJUANG pada 8 Julai adalah selari dengan keputusan mahkamah yang memberi 14 hari kepada Kementerian Dalam Negeri untuk membuat keputusan kepada rayuan pendaftaran kami.

“Tiada perbincangan belakang atau percaturan politik, keputusan ini adalah hasil keputusan mahkamah,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.