14 JULAI : Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad menunda lawatan kerjanya ke Sabah yang sepatutnya bermula 15 hingga 18 Julai ini berikutan peningkatan kes COVID-19 di negeri berkenaan.
Abd Latiff menerusi satu kenyataan berkata, antara perancangan dalam lawatan kerjanya ke Sabah adalah untuk melihat perkembangan semasa di negeri di bawah bayu itu, disamping membantu penyampaian yang lebih berkesan kepada penduduk Sabah yang terkesan pandemik ini.
“Walaupun terpaksa menangguhkan lawatan ini, masyarakat luar Sabah sentiasa menjadi perhatian saya dan warga Kementerian Pembangunan Luar Bandar (#KPLB) supaya tidak ketinggalan mendapatkan bantuan sepatutnya menerusi agensi-agensi kerajaan terutamanya di bawah kami.
“Kepada seluruh rakyat Malaysia, teruskan menjaga SOP dan amalkan gaya hidup sihat. Hati-hati semua,” katanya dalam satu kenyataan dikongsi menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.