14 JULAI: Pakej perlancongan di bulan semakin menarik apabila pemilik syarikat Virgin Galactic, Richard Branson berhasrat untuk membina sebuah hotel di bulan.
Beliau mendedahkan impian itu selepas menjadi bilionair pertama di dunia terbang ke angkasa lepas dengan menaiki kapal angkasa buatan syarikatnya pada Ahad lalu bersama dua juruterbang dan tiga lagi penumpang.
Kesemua mereka adalah kakitangan syarikatnya dan berada di angkasa lepas selama beberapa minit sebelum mendarat semula ke bumi.
Beliau bersama lima kakitangannya itu menaiki kapal angkasa VSS Unity yang dibina oleh syarikat Virgin Galactic dan berlepas dari pangkalan Spaceport di sebuah gurun di Mexico, Amerika Syarikat.
Menurut laporan portal berita Evening Standard yang memetik agensi berita PA, Branson berkata, beliau berminat untuk membina sebuah hotel di bulan pada satu hari nanti.
Ukuran Bulan sangat besar dibandingkan dengan Bumi. Bahkan, ukurannya kira-kira seperempat ukuran Bumi.
Beliau yang merupakan warga Britain sebelum ini adalah pemilik syarikat tambang murah Virgin Atlantic tetapi menjual sahamnya dalam syarikat itu ekoran pandemik COVID-19.
Kini, beliau terlibat dalam bidang pelancongan angkasa lepas.
Satu tiket ke angkasa lepas dengan menggunakan kapal angkasa tersebut dianggarkan berharga AS$250,000 (RM1 juta).