nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Perluaskan skop siasatan RCI Tabung Haji- Pemuda UMNO

15 JULAI: Kerajaan perlu memperluaskan skop tugas Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian Lembaga Tabung Haji (TH) bagi menjaga kemurnian institusi kewangan Islam berkenaan tercapai.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, skop siasatan RCI juga perlu mengambil kira Pelan Pemulihan TH yang telah dimulakan pada zaman Pakatan Harapan (PH).

Asyraf berkata Pertama kelemahan Pelan Pemulihan ini telah ditegur oleh Ketua Audit Negara dalam Laporan Tahunan TH 2019. Namun sehingga sekarang tidak kelihatan apa-apa penambahbaikan ke atas teguran tersebut.

“Kedua siasatan RCI akan juga merangkumi keabsahan jaminan ke atas hutang RM27.56 bilion Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) kepada TH.

“Ini kerana walaupun PH berulang kali mengatakan bahawa hutang (sukuk) tersebut dijamin kerajaan, tetapi hakikatnya ia tidak pernah dibentang di parlimen atau mematuhi Akta Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) 1965,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, media semalam melaporkan kerajaan bersetuju menubuhkan RCI bagi menyiasat isu berbangkit mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) dari 2014 hingga 2020, kata Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, siasatan itu adalah hasil pengauditan perunding seperti PricewaterhouseCoopers (PwC), Ernst & Young (EY) dan Roland Berger dari tahun 2014 hingga 2020.

Mengulas lanjut, Asyraf berkata RCI itu juga perlu menelusuri kemampuan UJSB yang perlu membayar RM27.56 bilion kepada TH sebelum tahun 2027. 

Beliau berkata, ini kerana berdasarkan jawapan Timbalan Menteri Kewangan 2, Mohd Shahar Abdullah di Dewan Rakyat pada tahun lepas, UJSB hanya memperoleh pendapatan sebanyak RM234 juta bagi tahun 2019.

“Siasatan ke atas kemampuan UJSB ini akan membolehkan Suruhanjaya Diraja membuat cadangan-cadangan bagi memastikan amaun hutang dapat dibayar mengikut masanya dan sekaligus memelihara kepentingan institusi Islam dan para pendeposit

“Keempat siasatan ke atas pelan ini juga akan membolehkan suruhanjaya dapat menyiasat dengan tuntas kemampuan sebenar kewangan TH pada hari ini. Ini kerana berdasarkan Laporan Tahunan TH 2019, keuntungan nyata (hasil perniagaan normal) TH  hanyalah RM210 juta. Sementara baki RM1.39 bilion lagi adalah keuntungan tidak nyata yang mana sebahagian besarnya datang daripada sukuk UJSB tersebut,” katanya.

Beliau berkata RCI berkenaan juga perlu  menyiasat Pelan Pemulihan TH itu membolehkan suruhanjaya memberikan cadangan-cadangan penambahbaikan.

“Terutama jika kita melihat dokumen rasmi yang menyatakan dengan jelas bahawa sukuk tersebut tiada penarafan, tidak boleh diniagakan, tidak boleh dipindahmilik serta unsecured zero coupon (berisiko tinggi),” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.