nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Teresa Kok Diselar Putar Belit Fakta SOP Penjaja

17 JULAI : Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok diselar ekoran tindakannya turut berdemonstrasi bersama peniaga pasar pagi dan penjaja dalam suasana pandemik COVID-19 yang masih mengganas ketika ini.

Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutuan, Budiman Mohd Zohdi berkata tindakan beliau berdemontrasi bersama peniaga pasar yang diarahkan tutup susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sukar difahami. 

“Semalam, Tan Sri Annuar Musa membuat suatu inisiatif dengan berbincang bersama semua Yang Berhormat (Ahli Parlimen) dan Senator mewakili Wilayah Persekutuan berkaitan isu COVID-19.

“Selama tiga jam mereka berbincang dan turut dibangkitkan isu prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang perlu ditambah baik secara lokaliti setempat terutama penjaja kecil dan peniaga pasar pagi. 

“Tidak sampai 24 jam, Teresa Kok turun berdemontrasi bersama peniaga pasar dan secara sinis meminta Annuar turut melihat apa yang berlaku,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini. 

Terdahulu, menerusi laporan media, Teresa memaklumkan Menteri Wilayah Persekutuan perlu turun padang dan melihat sendiri keadaan perniaga kecil khususnya pasar pagi terbuka yang diarahkan tutup susulan PKP. 

Beliau juga juga melakukan dakwaan yang menyatakan keputusan Annuar tidak membenarkan pembukaan pasar pagi atau semua jenis perniagaan yang berkonsepkan bazar adalah bercanggah dengan SOP MKN.

Dalam pada itu, Budiman memaklumkan ini membuktikan Ahli Parlimen DAP itu sering berpura-pura seolah-olah beliau tidak mengetahui SOP berkaitan penutupan sesuatu kawasan bukan di bawah bidang kuasa Menteri Wilayah Persekutuan.

“Isu ini sudah dibangkitkan ketika pertemuan semalam dan Annuar sudah mengambil maklum dan akan membawa isu ini ke peringkat MKN. 

“Selain daripada mempolitikkan isu ini, kita punya agenda lebih besar untuk mendapat imuniti kelompok 80 peratus menjelang Ogos ini. Itu pun masih ada yang mahu berkawan dengan DAP lagi,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.