18 JULAI : Lebih 14 juta dos suntikan vaksin telah diberikan dalam tempoh lima bulan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 (PICK) sehingga ke hari ini, demikian kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata, pemberian dos vaksin mencecah 14,002,324 dengan 9,570,974 daripadanya penerima dos pertama manakala 4,431,350 melengkapkan dos kedua.
Sebanyak 380,400 dos suntikan diberikan semalam membabitkan 253,830 dos pertama dan baki 126,610 dos kedua katanya lagi menerusi ciapan di Twitter rasminya.
Berdasarkan infografik yang dikongsikan Dr Adham, sehingga semalam, Selangor menjadi negeri tertinggi penerima vaksin iaitu sebanyak 101,661 membabitkan 75,881 dos pertama dan 25,780 dos kedua.
Kuala Lumpur pula di kedudukan kedua dengan 64,097 membabitkan 40,748 dos pertama dan 23,349 dos kedua; Sarawak dengan 64,573 iaitu 23,065 dos pertama dan 41,508 dos kedua.
Johor pula merima 22,190 suntikan vaksin, Perlis (194), Kedah (13,143), Pulau Pinang (19,168), Perak (13,919), Putrajaya (2,303), Negeri Sembilan (18,615), Melaka (13,103), Kelantan (1,974), Terengganu (16,051), Pahang (6,723), Sabah (20,697) dan Labuan (2,029).