18 JULAI : Jumlah kes jangkitan harian individu positif COVID-19 hari ini menurun ke angka 10,710 berbanding 12, 528 kes yang direkodkan semalam.
Secara kumulatifnya, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, keseluruhan kes yang direkodkan sehingga kini adalah sebanyak 916,561 kes.
Selangor menurut Dr Noor Hisham, kekal menjadi penyumbang tertinggi kes dengan 4,828 kes diikuti Kuala Lumpur 945 kes, Johor (808); Negeri Sembilan (771); Kedah (696); Sabah (666), Perak (407) dan Pahang (369).
Katanya, Pulau Pinang (295); Melaka (289); Sarawak (261); Kelantan (146) Terengganu (123); Putrajaya (51), Labuan (50) dan Perlis (lima).
Negara merekodkan kes tertinggi COVID-19 pada 15 Julai lalu dengan 13,215 kes.