nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Radzi, Dua Lagi Senator Dilantik Semula

19 JULAI: Khidmat Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin sebagai Senator dilanjutkan tiga tahun lagi, iaitu sehingga 2024.

Radzi dilantik semula sebagai Senator mulai 17 Julai ini hingga 16 Julai 2024.

Upacara itu berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim kira-kira pukul 11 pagi, hari ini. 

Radzi telah mengangkat sumpah bersama dua lagi Ahli Dewan Negara yang menerima lantikan semula iaitu Datuk John Ambrose dan Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee.

RAIS (tengah) bersama (dari kiri) Ambrose, Radzi, Kok Chee dan Bobby pada majlis Angkat Sumpah di Dewan Negara, Kuala Lumpur hari ini.

Selain lantikan semula, Datuk Bobbey Ah Fang Suan turut dilantik sebagai Ahli Dewan Negara baharu yang merupakan pilihan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah. 

Dalam pada itu, Rais dalam ucapannya memaklumkan sumpah yang baru sahaja dilafazkan kesemua Senator itu harus dijunjung dan didaulatkan dengan segala upaya. 

Beliau menegaskan, ini perlu agar Perlembagaan negara dan institusi legislatif ini bukan sahaja berfungsi dengan baik namun menepati kedudukannya sebagai badan perundangan tertinggi Malaysia, yang harus diberi hormat oleh semua pihak.

“Erti sumpah yang baru kita lafazkan itu, kita cerakinkan kepada beberapa aspek. Pertamanya, lafaz sumpah untuk menunaikan kewajipan-kewajipan yang sedemikian, soal yang timbul apakah kewajipan itu?

“Kemudian dikatakan menjalankan khidmat dengan jujur. Seterusnya dikatakan dengan segala daya upaya untuk menumpahkan taat setia kepada Malaysia dan akhirnya memelihara, melindungi serta mempertahankan Perlembagaan negara.

“Marilah kita cuba renungkan hal-hal yang bersekitaran dengan kita dan menanyakan diri kita bagaimana kita harus menjadi Yang Berhormat Senator, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen walaupun sekarang (jawatan Setiausaha Parlimen) tidak dilantik di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan,” katanya. 

Dalam pada itu, Rais memaklumkan Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara yang dibentuk sebelum ini sebagai salah satu elemen transformasi Dewan Negara akan ditambah baik peranan, fungsi dan gerak kerjanya. 

Beliau berkata, ini perlu agar lebih formal dengan menjadi sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara dan menjadi sebuah institusi yang benar-benar berwibawa di mata rakyat.

“Lantaran itu, pesan saya kepada semua Menteri dan Timbalan Menteri yang memberi tumpuan kepada khidmat negara, yang berkaitan dengan Dewan Negara, semoga semua berganding bahu bagi menjayakan peranan kemasyarakatan dan kesejahteraan melalui jawatankuasa pilihan khas

“Ini kerana tentunya melalui bidang kuasa kementerian, banyak perkara yang boleh Menteri dan Timbalan Menteri membantu menyelesaikannya untuk rakyat. Saya boleh nyatakan bahawa sebagai Ahli Parlimen, sebagai Menteri dan Timbalan Menteri, kita adalah khadam rakyat.

“Kita perlu menjenguk apakah yang telah kita ciptakan? Apakah khidmat yang harus kita sampaikan? Sebegitu dahulu, saya lampirkan ucapan tahniah dan semoga berjaya dalam semua aspek perjuangan kita,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.