nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sambut Aidiladha secara sederhana, terus kekal di rumah-PM

19 JULAI: Seluruh umat Islam di Malaysia perlu berada di rumah dan menyambut Hari Raya Aidiladha secara sederhana bersama keluarga masing-masing bagi membantu kerajaan mengekang penularan COVID-19 di negara ini sekarang.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelaksanaan ibadah korban kali ini di Malaysia mungkin sedikit berbeza dengan kaedah sebelumnya tertakluk kepada pematuhan garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Menurutnya, panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan pihak berkuasa perlu kita patuhi kerana adalah semata-mata untuk memenuhi tuntutan syarak dalam melindungi nyawa rakyat di negara ini daripada bahaya COVID-19.

“Saya mendoakan supaya dalam keadaan kita masih diuji wabak COVID-19 ini, kita akan dapat melaksanakan ibadah korban dengan penuh penghayatan dan keinsafan mudah-mudahan Allah SWT menerima segala amal, pengorbanan dan kebajikan kita.

“Dalam tempoh fasa pemulihan ini, kerajaan telah menguatkuasakan beberapa larangan tertentu mengikut SOP Majlis Keselamatan Negara. Ini bermakna, saudara saudari perlu terus berada di rumah dan menyambut Aidiladha dengan keluarga di rumah secara sederhana. Namun begitu, saya percaya kemeriahan sambutan ini tetap dirasakan.

“Namun berita baiknya ialah kita membenarkan pelaksanaan solat sunat Aidiladha dan solat Jumaat dengan diperluaskan kuantitinya kepada 50 orang. Bagaimanapun Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri akan menetapkan SOP mengikut kesesuaian di negeri atas perkenan Sultan-Sultan Negeri,” katanya dalam ucapan khas Perdana Menteri sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, esok.

Perdana Menteri berkata keadaan negara akan kembali pulih secara beransur-ansur selepas negara dapat mencapai matlamat imuniti kelompok berdasarkan kelancaran pemberian vaksin COVID-19 yang sedang berjalan di seluruh negara ketika ini.

“Setakat ini, Pusat pemberian Vaksin atau PPV telah secara konsisten mencapai jumlah lebih 400, 000 dos sehari, yang meletakkan negara di landasan yang betul untuk mencapai sasaran imuniti kelompok menjelang akhir tahun ini.

“Berikutan itu, saya berharap agar saudara dan saudari mengekalkan disiplin dan kepatuhan terhadap SOP. Ketika ini kita masih tidak diizinkan melakukan aktiviti merentas negeri dan saling menziarahi.

“Saya merayu agar kita semua bersabarlah dalam mematuhi SOP, kerana pengorbanan saudara dan saudari merupakan jihad yang besar di sisi Allah SWT dalam ikhtiar untuk menyelamatkan nyawa kita semua,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin berkata sambutan Aidiladha kali ini memberikan ruang untuk umat Islam menghayati nilai pengorbanan yang tinggi yang diperintahkan Allah SWT dan melalui contoh ikutan junjungan besar Rasulullah SAW.

“Bukti ketaatan Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. dalam melaksanakan perintah Allah ini adalah penzahiran keteguhan keimanan mereka terhadap Allah SWT. Peristiwa pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. ini memberi makna yang amat besar khususnya kepada kita umat Islam.

“Bentuk pengorbanan yang tinggi juga sedang ditunjukkan khususnya para petugas barisan hadapan daripada kalangan kakitangan kesihatan, keselamatan, penjawat awam mahupun sukarelawan dan NGO dalam kita masih lagi berusaha melawan wabak COVID-19 yang melanda negara semenjak lebih setahun yang lalu.

“Saya sangat menghargai pengorbanan ini. Saya doakan agar pengorbanan saudara dan saudari petugas barisan hadapan, malah pengorbanan rakyat secara umumnya akan dikurniakan ganjaran terbaik di sisi Allah SWT,” katanya.

Muhyiddin berkata dalam bulan Zulhijjah ini, ibadah haji merupakan penzahiran kemuncak ketaatan, ketakwaan dan kehambaan kita kepada Allah SWT.

Katanya, Peluang untuk menunaikan ibadah haji merupakan saat yang sangat ditunggu-tunggu oleh umat Islam.

“Kita semua rindukan kesempatan untuk mengunjungi Baitullah al-Haram dan menziarahi maqam Rasulullah SAW ketika berada di tanah suci.

“Namun pada tahun ini kita terpaksa menangguhkan semua urusan berkaitan operasi musim haji kerana kita akur dengan keputusan muktamad pihak berkuasa Arab Saudi yang tidak membenarkan jemaah negara luar termasuk Malaysia ke Tanah Suci atas faktor ancaman kesihatan lantaran wabak COVID-19 yang masih berleluasa.

‘Saya faham bahawa ramai di kalangan kita yang berasa amat sedih dengan berita ini, namun saya percaya saudara-saudari telah menerima ketentuan ini dengan penuh redha, sabar dan berlapang dada. Semoga pada tahun hadapan Allah SWT akan mengizinkan umat Islam di Malaysia untuk kembali mengerjakan haji, insyaAllah,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.