21 JULAI : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) berhubung pemberian tender yang membabitkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
MAHB dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia berkata, pegawai SPRM hadir ke ibu pejabatnya untuk menjalan siasatan membabitkan pemberian tender tersebut.
Kata kenyataan itu lagi, SPRM telah meminta maklumat dan dokumentasi berhubung pemberian kontrak ujian dan saringan peribadi Covid-19 untuk KLIA.
MAHB telah memberikan kerjasama penuh dan mematuhi semua syarat SPRM dan jika ada permintaan lanjut daripada SPRM.
Katanya, proses pemerolehan semua tender syarikat itu dilakukan dengan pematuhan ketat terhadap SOP Sistem Pengurusan Antirasuah yang berperanan sebagai perlindungan tambahan.