nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

A. Kadir Mahu Lagakan UMNO dan BERSATU

23 JULAI: Dakwaan wartawan veteran, Datuk A. Kadir Jasin bahawa UMNO sudah kembali berkuasa semula dalam kerajaan semata-mata hanya untuk melaga-lagakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan UMNO.

Timbalan Presiden Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, langkah bekas penasihat media kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu dilihat sebagai cubaan bagi meruntuhkan keharmonian dan perpaduan yang dibina kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Alasan UMNO kembali berkuasa secara de facto hanya kerana Datuk Seri Najib Razak melawat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sangat lemah dan hanya menampakkan keterdesakan A. Kadir yang rapat dengan Mahathir.

“Sebagai orang lama, A. Kadir begitu terdesak hingga menampakkan kelemahan sendiri apabila mengatakan Najib lawat Ismail Sabri bagi membincangkan isu berkaitan hala tuju dan dasar negara adalah petunjuk bahawa UMNO sudah menguasai kerajaan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

A. KADIR

Beliau berkata demikian yang merujuk kepada kenyataan A. Kadir bahawa bayangan bahawa UMNO kini sudah semakin jelas untuk kembali berkuasa dalam kerajaan. 

Wartawan veteran itu memaklumkan kononnya hakikat tersebut disahkan dengan kedatangan Najib ke Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk bertemu Ismail Sabri, kelmarin. 

Dalam pada itu, Kamarul Zaman memaklumkan tindakan A. Kadir juga dilihat mahu melaga-lagakan Ismail Sabri dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin sedangkan kesemua jemaah Menteri Barisan Nasional (BN) dalam kerajaan PN pernah melafazkan taat setia kepada Muhyiddin selaku Perdana Menteri.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS) Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, apa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO mengunjungi Timbalan Perdana Menteri merupakan tindakan yang tidak membimbangkan. 

“Malah perjumpaan itu merupakan satu perkara positif di mana pemimpin UMNO sudah mempunyai saluran untuk menyampaikan sesuatu perkara. 

“Untuk menyatakan bahawa Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri akan mampu melaksanakan segala kehendak dan tuntutan para pemimpin UMNO lain adalah satu perkara yang tidak realistik dan menunjukkan A. Kadir seolah-olah berada di alam khayalan.

“A. Kadir mesti tahu bahawa walau apa pun yang diserahkan kepada Ismail Sabri, ia pada akhirnya akan dibawa kepada pertimbangan Muhyiddin selaku Perdana Menteri dan pada akhirnya kepada mesyuarat Jemaah Menteri untuk dibincang dan diputuskan secara bersama,” katanya. 

Sementara itu, mengulas dakwaan A. Kadir berkenaan kunjungan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyerahkan memorandum Tuntutan Rakyat merupakan simbolik UMNO yang tidak mengiktiraf Muhyiddin sebagai pemimpin negara, Kamarul menegaskan itu merupakan satu dakwaan yang tidak berasas. 

“Tuduhan A. Kadir bahawa secara de facto “UMNO is back in power” dan jalan ke Sungai Buloh mungkin nampak semakin pudar dan harapan lepas bebas semakin cerah bagi para anggota kluster mahkamah UMNO juga adalah jauh menyimpang.

“Perbandingan situasi sekarang dengan situasi 1997-98 apabila para penyokong Datuk Seri  Anwar Ibrahim mula melayan beliau sebagai Perdana Menteri de facto sehingga membelakangkan Perdana Menteri ketika itu, Mahathir juga tidak logik.

“Adalah menjadi lumrah kepada para pemimpin sesebuah parti untuk membuat kunjungan hormat kepada pemimpin parti mereka yang lain yang baru mendapat lantikan jawatan tinggi di samping mengemukakan pengharapan mereka kepada beliau,” katanya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.