nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Abdul Hadi persoal pembangkang mampu selesai COVID-19

23 JULAI: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta rakyat agar berfikir secara matang dan sejahtera terhadap pihak yang mendakwa mampu menyelesaikan masalah COVID-19, sedangkan sebelum ini gagal menunaikan janji manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau berkata dakwaan yang sering dilemparkan oleh pihak tersebut merupakan amalan politiking murahan hanya semata-mata untuk menipu rakyat yang lemah akalnya dan mudah lupa serta jahil berkenaan segala perkara. 

“Mereka lupa betapa janji PRU-14 yang lalu tenggelam dalam perbalahan siapakah yang patut menjadi Perdana Menteri, bukannya mereka berusaha memenuhi kewajipan bagi menunaikan janji manifesto. Setelah kerajaannya hilang, pihak lain pula yang dipersalahkan. 

“Adakah mereka yang tidak mampu menunaikan janji PRU-14 yang sedikit, tiba-tiba hari ini mendakwa mampu menyelesaikan masalah COVID-19 yang sedang merebak ke seluruh alam walhal sehingga sekarang belum ada mana-mana negara yang berjaya menanganinya.  

“Adakah mereka yang sebegitu rupa masih boleh dipercayai, yang tiba-tiba bertempik dengan berdemonstrasi dan mengangkat slogan gagah perkasa kononnya mampu menghadapi wabak yang melanda seluruh dunia hari ini sedangkan mereka baru sahaja menipu rakyat dengan janji manifesto yang tidak mampu ditunaikan, “katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini. 

Dalam pada itu, Abdul Hadi memaklumkan berpolitik tidak seharusnya menjadi seperti penjual ubat yang menipu pelanggan, dengan menggunakan cara kotor yang diharamkan. 

Menurut beliau, amalan politik yang memisahkan sempadan agama dan moral luhur tidak boleh diterima oleh masyarakat beragama, berakhlak serta berakal sihat.

“Rakyat dihabiskan masa dengan cara yang kotor ini, khususnya disebarkan melalui media tanpa sempadan yang membawa wabak yang merosakkan kefahaman dan mempengaruhi masyarakat sehingga ramai yang diperbodohkan. 

“Caranya hanyalah menyebarkan masalah yang belum selesai di seluruh dunia sebagai alasan kegagalan dan menutup banyak kejayaan yang telah dicapai,” katanya. 

Lebih parah, Abdul Hadi memberitahu sekiranya gerakan yang merosakkan masyarakat itu didalangi oleh musuh agama, negara dan bangsa yang bersedia memberikan seberapa banyak sumbangan kepada sesiapa sahaja yang bersedia menjadi tentera upahannya.

Sesungguhnya amanah untuk mentadbir politik negara merupakan satu tanggungjawab yang paling besar kepada manusia.Lebih besar dosanya jika tidak menunaikan janji dalam perkara yang wajib ditunaikan oleh sesebuah kerajaan.

” Apatah lagi berdosa sekiranya menghabiskan masa dengan perebutan jawatan yang diharamkan meminta-minta dan menjadi kecintaan hidup duniawi. Kita telah berjaya menjatuhkan kerajaan yang tidak bermoral itu, dengan dibantu oleh mereka yang sedar akan kebocoran bahteranya sendiri. Kemudian, digantikan dengan kerajaan yang bertanggungjawab dengan penuh kesabaran dan menunaikan kewajipan kepada rakyat tanpa sebarang janji manis.

“Hal ini demikian kerana, perkara yang wajib hendaklah ditunaikan dan tidak semestinya dilakukan hanya setelah berjanji. Walau bagaimanapun, ia tetap wajib ditunaikan, malah berdosa sekiranya tidak ditunaikan,” katanya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.