23 JULAI: Malaysia merekodkan 15,573 kes baharu jangkitan COVID-19 iaitu jumlah tertinggi dicatatkan negara sejak penularan COVID-19 di negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan penambahan jumlah itu menjadikan kumulatif keseluruhan kes direkodkan sebanyak 980,491.
Menurut beliau, Selangor masih kekal penyumbang tertinggi kes jangkitan harian COVID-19 dengan 7,672 kes hari ini yang merekodkan peningkatan ketara berbanding semalam iaitu 6,049 kes.
“Selain Selangor, tujuh negeri yang mencatatkan peningkatan ialah Kuala Lumpur (2,063), Kedah (937), Pulau Pinang (530), Sabah (516), Pahang (457), Melaka (452), dan Perak (415).
“Manakala negeri selebihnya telah menunjukkan penurunan hari ini iaitu Johor (722), Sarawak (461), Kelantan (372), Terengganu (229), Putrajaya (41), Labuan (21), dan Perlis (3),” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini