24 JULAI : Jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin COVID-19 sehingga semalam ialah sebanyak 16, 487,158, demikian menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Jelas beliau menerusi ciapan terbaharu di Twitter rasmi miliknya, daripada angka tersebut, jumlah penerima dos vaksin pertama adalah sebanyak 11,222, 398 orang dan penerima dos vaksin kedua pula adalah sebanyak 5,264,760 orang.
Katanya lagi, jumlah dos vaksin yang diberikan semalam pula adalah sebanyak 462,242 dos.
Sarawak menjadi negeri tertinggi angka penerima suntikan apabila seramai 37,869 individu menerima dos suntikan semalam.
Ia diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan jumlah pemberian dos suntikan sebanyak 35,535 individu dan Selangor pula mencatat angka ketiga tertinggi dengan jumlah penerima dos suntikan sebanyak 34,991 individu.